Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Contraband beers worth RM105,544 seized, restaurant operator and two workers detained |  Sabah Food Festival 2019 at KDCA complex Dec 13-16 |  Tambunan hammer Tawau in opener |  Winning start for Keningau girls |  Mongindapu tiinumon kaavuk nataan miampai duvo pakakalaja |  Lahan Kundasang- Kauluan tinutub |  Principal skips holiday for poor students |  Polytechnic Kota Kinabalu enrols 497 new students |  Malaysia's economy expected to grow at slower pace – UOB Malaysia |  Blue Capital Management invests RM100 mln for Sabah’s biomass energy plant |  GRI launches new tax reporting standard |  Shafie: Sabahans need to co-exist with elephants |  Elephants to get food corridor |  12 finalis Battle of The Voice M7 berentap malam esok |  10,000 penduduk Daerah Kecil Pagalungan sambut baik pembinaan jalan raya Salong - Pagalungan | 
 EDUCATION

'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac

19th July, 2019

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac (SMK Sanzac) akan mengadakan Larian Amal Jubli Emas pada 27 Julai ini sempena sambutan 50 tahunnya.

Larian amal bersejarah yang buat julung kalinya diadakan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sanzac, Kelab Alumni dan Unit Kokurikulum SMK Sanzac.

Yang dipertua PIBG SMK Sanzac, Janis Abdullah berkata program tersebut bertujuan memberi peluang kepada masyarakat setempat terutama sekitar Bandaraya Kota Kinabalu untuk menderma sambil beriadah bagi menambah dana membiayai aktiviti akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.

“Hasil kutipan larian itu akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk membiayai kemudahan sekolah terutama penambahbaikan fasiliti selain sumbangan insentif kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan sama ada peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sesi promosi Sanzac Fun Run, di Pejabat Am SMK Sanzac pada Rabu.

“Selain menambah dana, program larian ini juga diadakan bagi mewujudkan semangat perpaduan dan kemesraan serta mendekatkan jurang di antara para ibu bapa, pihak sekolah, pelajar dan masyarakat setempat kerana sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes yang melibatkan salah faham antara pihak sekolah dan para ibu bapa sehinggakan meninggalkan persepsi negatif di kalangan masyarakat.

“Selain daripada itu larian ini juga diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan secara santai melalui 10 ribu langkah sehari,” tambahnya lagi.

Larian yang berkonsepkan ‘Run for Fun, Healthy and Charity’, sejauh 5 kilometer ini akan bermula dan tamat di perkarangan pintu masuk SMK Sanzac bermula dari jam 7.00 pagi.

Menurut penyelaras Sanzac Fun Run, Sapri Lakim, setakat ini penyertaan daripada orang awam serta alumni adalah sangat memuaskan.

“Untuk makluman awal, setakat ini penyertaan daripada pihak luar telah mencecah hampir 400 orang dan anggaran kasar penyertaan dianggarkan lebih kurang 700 orang akan mengikuti larian ini nanti.

“Kepada yang berminat untuk menyertai larian bersejarah ini, pihak penganjur telah melanjutkan tarikh penyertaan sehingga 25 Julai ini,” katanya.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan mengenai larian ini boleh diperoleh melalui laman Facebook : 50th Anniversary Sanzac Fun Run atau melalui aplikasi WhatsApp dengan menghubungi Nur Ibtisam (013-8635747), Katriani (016-8262653) dan Quek Lee Sin (016-5572346).

“Bagi orang awam dan alumni Sanzac yang berminat untuk menyertai program larian ini yuran penyertaan sebanyak RM60 akan dikenakan manakala RM50 bagi kakitangan dan pelajar SMK Sanzac.

“Setiap penyertaan yang lengkap akan menerima sehelai Baju-T Fun Run, medal, bib, sijil penyertaan dan insurans.

“Manakala bagi peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima satu tiket cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah antaranya tiket penerbangan, telefon pintar, pakej penginapan keluarga di Promenade Hotel, basikal, wang tunai, baucar makanan, barangan elektrik, hamper serta banyak lagi.

“Sempena sambutan Jubli Emas SMK Sanzac, selain daripada larian amal diadakan juga Karnival Kokurikulum di mana terdapat pelbagai sukan permainan akan dijalankan sepanjang hari tersebut.

Acara kemuncak Sambutan 50 Tahun SMK SANZAC ialah Majlis Makan Malam Amal yang akan dihadiri isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Dr Norlidah RM Jasni yang merupakan alumni Sanzac manakala Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob akan merasmikan acara tersebut pada malam 20 Julai nanti di The Palace Hotel Kota Kinabalu.

Sebelum Majlis Makan Malam Amal, pada sebelah paginya satu Program Kerja Amal iaitu Gotong Royong Perdana 50 Tahun anjuran PIBG dan Alumni SMK Sanzac diadakan bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria, bersih dan harmoni yang mana ia dapat meningkatkan mutu pendidikan sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hadir sama pada program promosi tersebut, Setiausaha Kehormat PIBG Sanzac, Mohd Othman Yunus serta Ahli jawatankuasa PIBG Sanzac, Mariani Manan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse