Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Produk pelancongan di Tawau dalam proses pembangunan |  Tinimungan mongingia Labuan tuminindapou do kimpin kasaavan bato |  90 piatus sikul nakahaid id pototongkop pogun noumbosian |  Pamahagaan kumaa komuhakan i pinapavasi ngaan Sabah, Pogun |  Christmas Eve public holiday a gift to local Christian community |  Technician acquitted from charges of uploading, and making offensive comment on Prophet Muhammad |  KK exponents retain karate gold |  Hosts dominate muay thai events |  KK new champions |  Perodua Tweckbot offers free vehicle inspections in run-up to Christmas, New Year |  Sarawak to emulate Brunei as global hydrogen supplier |  Confucius Institute to be Mandarin language hub |  Gerai Pameran Kg. Semuruh muncul juara Pesta Kubis Sabah 2019 |  Sabah perlukan lebih banyak pembinaan BBPA di kawasan berisiko |  PPM Sandakan tahan empat bot nelayan dalam Ops Gelora | 
 Leisure

Program kebudayaan mampu mantapkan perpaduan masyarakat

26th June, 2019

OLEH ERSIE CHELL ANJUMIN

SAMBUTAN dan program kebudayaan mampu memantapkan perpaduan masyarakat dan menjadi landasan terbaik dalam usaha menonjolkan keunikan budaya dan adat resam Dusun Labuk.

Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Restoran Labuk (R.L) Ronay Michael menjelaskan program kebudayaan seperti Pesta Kaamatan memberi peluang anggota masyarakat untuk lebih mengenali, memahami dan menghargai adat serta budaya mereka.

Tambahnya lagi, perkongsian, penerimaan dan tahap kefahaman dalam kalangan suku kaum Labuk adalah amat bernilai dalam memperkasa perpaduan dan permuafakatan di peringkat akar umbi.

Justeru, sambutan Pesta Kaamatan R.L dijadikan program tahunan bagi membolehkan komuniti Labuk terlibat sama dalam acara kebudayaan yang dianjurkan.

“Sambutan pesta Kaamatan R.L ini sudah menjadi salah satu program tahunan sejak tahun 2014 dan setiap tahun ada saja kelainan yang ditonjolkan. Tahun ini, untuk julung kalinya pertandingan mitogonggu diadakan dan juga demo perkahwinan adat mengikut tradisi Dusun Labuk.

“Dengan penganjuran program sebegini, besarlah harapan saya agar perpaduan komuniti Labuk bertambah erat dan kita semua semakin menghargai keunikan budaya tradisional Dusun Labuk,” katanya. Seramai 500 orang hadir sempena sambutan yang berlangsung di Restoran Labuk, Sabtu lepas bermula jam 2 petang hingga 11 malam.

Penganjuran program yang mendapat kerjasama daripada pihak Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) cawangan Beluran dan sekumpulan belia Labuk, telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Dalam acara yang berskala sederhana, Valeriana Karen Aldrin telah dinobatkan sebagai Unduk Ngadau R.L mengalahkan sembilan orang finalis yang lain. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500. Bdlin Slaus Stenly pula menjadi naib johan diikuti oleh Alfy Jane Petrus di tempat ketiga. Mereka masing-masing pulang dengan hadiah wang tunai sebanyak RM350 dan RM300.

Valeriana juga mendapat gelaran Tati Topiodo (Miss Natural Beauty) manakala Bdlin merangkul gelaran gelaran Tati Tosuau (Miss Friendly). Gelaran Miss popular pula menjadi milik Annebells Stephanie Taji. Sementara itu, bagi pertandingan Sungandoi, Alvien Dee Albenus muncul sebagai juara dikuti oleh Alysyera Jane Petrus (tempat ke-2) dan Victor Philip Rundi (tempat ke-3).

Bagi pertandingan Mitogunggu, kumpulan Makatab-katab dari Kg. Kuala Sapi menjuarai pertandingan ini.

Kumpulan Veteran Kg. Keramat dan kumpulan Bouto Tatap masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ke-3.

   
Email Print
   
 
 
E-browse