Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Isteri terkilan tidak mampu duduki rumah bersama suami

25th June, 2019

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: ‘Rumah ini adalah impian kami bersama sejak sembilan bulan lalu namun kini semuanya tinggal kenangan,” kata Sunarti Ismail, 38, isteri Jaafar Jalman, 49, mangsa bunuh yang mayatnya dijumpai di Jalan Bantu Fajar.

Sunarti berkata arwah suaminya telah mengambil inisiatif mendirikan rumah untuk keselesaan mereka sekeluarga agar tidak lagi perlu menumpang di rumah ibunya.

“Arwah tidak sempat menyiapkan rumah ini kerana terpaksa melakukannya secara berperingkat mengikut kemampuan sumber kewangan yang kami ada,”katanya ketika ditemui di rumah baharu milik mereka di Kg Titingan.

Sehubungan itu walaupun dia terkilan kerana tidak mampu menduduki rumah berkenaan bersama suaminya namun bersyukur dan berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan kerana membantu menyiapkannya.

“Terima kasih Datuk Nizam yang membantu saya dan anak-anak serta semua pihak yang membantu meringankan beban hidup kami,” katanya yang mempunyai tujuh anak berumur dari tujuh bulan hingga 13 tahun.

Sementara itu, Nizam yang juga Ketua Penaja Parti Bersatu Tawau ketika ditemui berkata, beliau telah berjanji untuk membantu keluarga mangsa dengan menyiapkan rumah keluarga itu yang sebelum ini dalam proses pembinaan.

“Hari ini (kelmarin) kita serahkan kunci rumah kepada mereka sekeluarga, ini antara inisiatif kita membantu meringankan beban dengan menyiapkan rumah mereka dan semoga mereka terus tabah menjalani kehidupan.

“Saya juga berharap agar isteri mangsa ini dapat mendidik kesemua anak-anaknya yang masih kecil dengan sebaiknya dan kita akan usahakan agar mereka mendapat bantuan kebajikan yang layak untuk mereka,” katanya.

Dalam kejadian pada 10 Jun lepas kira-kira jam 5 petang, mayat Jaafar ditemui dengan kesan luka tikaman pada bahagian hadapan badan dan tengkuk di belakang premis menjual perkakas di Jalan Bantu, Fajar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse