Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Prisons footballers out to defend title |  Positive pre-season tour |  Trip down memory lane with Holy Trinity’s Class of 1960 |  Farewell Angelina wows Sabahans |  392 PPS pinotindooi id sikul pototongkop Sabah |  Kada patazado video nakahaid toi ko habus pogun |  Program Jom Ke Sekolah beri kesedaran kepada semua pihak |  392 police liaison officers assigned to schools in Sabah |  MMEA detains four Chinese vessels for anchoring without permission |  Mary Kay joins 2020 Generational Dermatology Palm Springs Symposium |  A woman to head Agrobank? |  Penduduk Mukim Lagud Seberang bakal terima bekalan air bersih |  Minggu Akademik SMK Takis 2020 berjaya dan meriah |  MAQIS Labuan rampas 18,708kg konsainan hasilan tanah 'Media Abrasive' bernilai lebih RM300,000 |  Badan keagamaan disaran celik digital tangani gejala negatif | 
 BM

Peruntukan Khas RM1 juta selenggara Taman Burung Labuan bermula Ogos

24th June, 2019

LABUAN: Peruntukan Khas sebanyak RM1juta yang diluluskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur Taman Brung Labuan akan bermula awal bulan Ogos.

Demikian diberitahu oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail sempena Program Labuan Bird Park Charity Trail Run 2019 yang diadakan di Taman Burung Labuan, pagi kelmarin.

Beliau berkata, Peruntukan Khas sebanyak RM1 juta yang telah pun diuluskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan itu telah pun diperincikan untuk kerja-kerja pembaikan kemudahan di Taman Burung dan selebihnya untuk pemuliharaan bagi memastikan ungas-unggas yang ditempatkan di taman ini sentiasa dalam keadaan sihat.

“Perbadanan Labuan telah pun memperincikan dan memfokuskan untuk kerja-kerja membaik pulih kemudahan dan infrastruktur bangunan Taman Burung disamping pemuliharaan bagi memastikan burung-burung yang terdapat di taman ini dalam keadaan sihat dan boleh dilawati oleh pengunjung” katanya.

Pengumuman Peruntukan Khas RM 1 juta itu telah diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad ketika berucap merasmikan Medan Selera Labuan pada Februari lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan, Dr. Marysia James Abie berkata, setakat ini Taman Burung Labuan mempunyai sebanyak 600 jenis burung membabitkan 28 spesies eksotik dan 38 spesies Borneo.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Marzuki Zakaria. -Oleh: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print