Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Produk pelancongan di Tawau dalam proses pembangunan |  Tinimungan mongingia Labuan tuminindapou do kimpin kasaavan bato |  90 piatus sikul nakahaid id pototongkop pogun noumbosian |  Pamahagaan kumaa komuhakan i pinapavasi ngaan Sabah, Pogun |  Christmas Eve public holiday a gift to local Christian community |  Technician acquitted from charges of uploading, and making offensive comment on Prophet Muhammad |  KK exponents retain karate gold |  Hosts dominate muay thai events |  KK new champions |  Perodua Tweckbot offers free vehicle inspections in run-up to Christmas, New Year |  Sarawak to emulate Brunei as global hydrogen supplier |  Confucius Institute to be Mandarin language hub |  Gerai Pameran Kg. Semuruh muncul juara Pesta Kubis Sabah 2019 |  Sabah perlukan lebih banyak pembinaan BBPA di kawasan berisiko |  PPM Sandakan tahan empat bot nelayan dalam Ops Gelora | 
 BM

PBBS kini urus tadbir sendiri bangunannya

20th June, 2019

BEAUFORT: Kemelut hampir empat tahun yang dihadapi oleh Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) untuk mengurus takbir sendiri bangunanya berakhir apabila Pejabat Daerah Beaufort secara rasminya menyerahkan bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian (PBBS) untuk diurus takbir sendiri oleh persatuan tersebut.

Majlis penyerahan rasmi serentak dengan sambutan hari Raya Aidilfitri (PBBS) telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Beaufort Haji Jupry Etok dan diterima oleh Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Haji Lajim Haji Ukin pagi kelmarin.

Antara yang turut menyaksikan majlis penyerahan itu, Wakil Rakyat Lumadan Matbali Musah, Ketua Daerah Beaufort Haji Jusoh Sarin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Klias Hajah Johair Matlani, Timbalan Presiden I dan II PBBS Haji Roslan Muharam dan Dr Siti Aidah Haji Lilin, Naib Naib Presiden dan Ahli majlis tertinggi (PBBS) Berucap di majlis berkenaa, Jupry berkata telah tiba masanya bagi pejabat daerah menyerahkan bangunan tersebut untuk diurus takbir sendiri oleh PBBS memandangkan pejabat daerah tidak mempunyai peruntukan untuk menyelenggaranya .

“Bangunan ini adalah untuk PBBS dari peruntukan kerajaan Persekutuan sebelum ini jadi adalah lebih baik ia diurus takbir sendiri oleh persatuan ini,” katanya.

Bangunan yang dibina di keluasan tanah lima ekar ini mula dibina pada tahun 2014 dan siap sepenuhnya 2015 dengan peruntukan khas sebanyak 3 juta dari kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Selain memiliki ruang ruang pejabat, gelari ia juga mempunyai sebuah dewan yang boleh memuatkan sekitar seribu orang.

Ditemui selepas majlis itu, Lajim turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan khususnya Pejabat Daerah Beaufort yang telah menyerahkan sepenuhnya hal ehwal pentadbiranya bangunan tersebut kepada PBBS.

Katanya berlaku kelewatan keputusan tersebut disebabkan beberapa masalah teknikal apalagi sebelum ini beliau selaku presiden tidak bersama kerajaan.

“Alhamdulillah hari ini PBBS diberikan kuasa untuk mengurus takbir bangunan ini bukan sahaja menjadi pusat komuniti masyarakat Bisaya malah lain-lain NGO boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di sini dalam kadar sewaan yang akan kita tentukan kelak,” katanya.

Lajim berkata selain menjadi pusat komuniti persatuan khususnya masyarakat Bisaya pusat itu akan menjadi pusat memartabatkan bangsa Bisaya melalui pelbagai kegiatan yang akan memperkenalkan budaya masyarakat Bisaya kepada masyarakat luar

“Ia juga akan menjadi wadah untuk memupuk perpaduan pelbagai kaum selaras dengan harapan pemimpin dan kerajaan yang meletakkan perpaduan sebagai eleman penting bagi memacu kemajuan negara yang harmoni,” tambah Lajim.

   
Email Print
   
 
 
E-browse