Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Siswa FPEP UMS lancar Hope Project 3.0, salur bantuan golongan B40 dan pesakit Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas

20th June, 2019

KOTA KINABALU: Siswa program Perniagaan Antarabangsa (HE09) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melancarkan ‘Hope Project 3.0’, satu projek khidmat komuniti yang memfokuskan masyarakat B40 sebagai penerima sumbangan utama dan penghuni di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Menurut pensyarah FPEP, Chan Hak Liong, program tersebut merupakan kesinambungan daripada Charity Run yang telah diadakan sebelum ini untuk tujuan mengumpul dana bagi menjalankan program-program khidmat komuniti.

“Hope Project 3.0 ini diadakan adalah sebagai obligasi sosial siswa-siswi terhadap masyarakat B40 di kawasan pedalaman Sabah, dengan lokasi yang dipilih pada kali ini adalah di Sekolah Kebangsaan Kinaluan, Tambunan.

“Selain untuk membantu dan meringankan beban masyarakat di kawasan terpilih, para pelajar juga turut berkesempatan menggunakan peluang dengan merapatkan silaturahim bersama masyarakat pedalaman serta rasa keprihatinan terhadap mereka,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, beberapa aktiviti telah diadakan di sekolah tersebut antaranya aktiviti gotong-royong serta penanaman pokok-pokok herba bersama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kinaluan, Halina John Jinuli dan para ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari sekolah tersebut, selain penyampaian sumbangan seperti beras dan keperluan utama kepada murid-murid dalam golongan keluarga B40.

Selain program di Tambunan, Hope Project turut diadakan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, dengan antara aktiviti yang diadakan adalah melawat ibu dan kanak-kanak yang berada dalam wad serta memberi sedikit sumbangan berupa ‘goodies’ kepada kanak-kanak yang akan menjalani pembedahan, dengan tujuan untuk membawa keceriaan kepada penghuni hospital tersebut terutamanya kanak-kanak.

   
Email Print
   
 
 
E-browse