Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 Leisure

Hidung apa kau mahu, Venezuela?

20th June, 2019

SEBENARNYA, tidak begitu setuju juga saya hal kecantikan wanita dipertandingkan tetapi tidak juga saya pejam mata jika Unduk limpas ngam-ngam di depan saya. Dan seperti anda, saya juga menunggu kedatangan bulan lima setiap tahun, cuci-cuci mata di Hongkod.

Perlu pakai kasut tinggi sertai pertandingan Unduk Ngadau? Ya, sudah pasti. Memang perlu pakai dan terutama yang tidak pernah berkasut begitu, memang terasa janggal, seperti orang baru pertama kali memakai kasut roda—-bahaya boleh tumbang.

Sebaiknya berkasut tinggi dulu di tamu. Jalan-jalan beberapa kali, lama sebelum bulan Lima. Mungkin terasa ragu-ragu juga—-takut rebah. Tapi, lebih baik tumbang di kampung sendiri daripada tumbang, menanggung malu di depan ribuan penonton di Hongkod.

Hal sama ada diri cantik atau tidak bukan masalah. Berani ikut bertanding ertinya diri memang cantik. Lagipun, hal mencantikkan muka adalah tanggungjawab Jurusolek. Percayalah, yang cantik tetap semakin cantik. Entah apa ramuan Jurusolek guna sehingga yang hanya mustahil boleh buat ialah menambah ketinggian saja. Kalau setakat memancungkan hidung, kacang saja. Hidung apa kau mahu, Venezuela? Saya fikir juri tidak juga sampai ketuk-ketuk hidung mahu tahu ori kah tidak.

Lainlah kalau syaratnya tidak dibolehkan mengenakan sebarang makeup. Kalau begini, peserta perlu betul-betul cantik menggigit untuk menang. Tidak mengapa, yang belum cantik, ada juga Tukang kasi mandi bunga. Akan cantik juga dan silap-silap haribulan mungkin lebih cantik berbanding yang dimakeup.

Tetapi apakah cantik tubuh badan syarat tunggal untuk menang?

Bukan itu saja syaratnya. Bakal ratu cantik wajib nampak cerdik. Tahu tentang budaya dan pelancongan dan lain-lain.

Seperti kenyataan saya di atas, menyertai pertandingan siapa cantik memerlukan banyak persediaan. Wajar juga mengetahui apakah persediaan dilakukan peserta-peserta untuk menyertai Ratu Cantik di negara lain. Mari kita selongkari persediaan Ratu Cantik Dunia jelitawan dari Venezuela.

Negara ini adalah antara negara yang sering memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia. Seingat saya, negara ini telah memenangi Miss Universe sebanyak enam kali.

Apakah kecantikan semata-mata yang menjadi penyumbang kepada kejayaan wakil Venezuela dimahkotakan Ratu Cantik Dunia?

Sebelum memasuki mana-mana pertandingan ratu cantik, jelitawan negara ini sudah lama memasang impian menjadi Miss Universe. Bukan dekat-dekat masa pertandingan baru memasang niat.

Melalui pembacaan saya, langkah pertama yang mereka lakukan ialah mendapatkan penaja. Memang wajar pun sebab kos perbelanjaan menyertai Ratu Cantik Dunia boleh mencecah RM130,000.00 (Kalau begini punya mahal, anda boleh bayangkan berapa berian bapanya minta kalau anaknya menang Miss Universe).

Kos perbelanjaan RM130,000.00 itu akan digunakan untuk membayar kos rawatan kecantikan, pakaian, latihan pengetahuan umum, personaliti, catwalk, fotografi dan pembedahan plastik. Tegasnya, kos perbelanjaan tersebut untuk membolehkan calon Ratu Cantik Dunia menepati objek penilaian pertandingan, iaitu aspek kecantikan tubuh badan, tingkahlaku dan kepintaran.

Memang sengsara menyertai pertandingan ini. Namun, ramai yang menyertainya kerana amat berbaloi. Kehidupan Ratu Cantik Dunia memang berubah dari segi peningkatan status sosial dan ekonomi.

Di atas, telah saya sebutkan secara ringkas model Venezuela tentang persediaan menyertai Ratu Cantik Dunia. Mari kita bayangkan apakah persediaan sumandak-sumandak kita menyertai pertandingan Unduk Ngadau—-Ratu Sinaran Mentari.

Saya tidak pasti apakah persediaan mereka secara terperinci, namun saya boleh membayangkan bahawa tatakala ada juga yang begitu terancang tetapi kebanyakannya persediaan dilakukan di saat-saat terakhir.

Walaupun budaya pertandingan siapa cantik ini dimulakan dalam tahun 60’an tetapi kebanyakan peserta menyertainya secara suka-suka. Mungkin ada yang menyertai saat-saat terakhir sesudah dipujuk kawan-kawan rapat sebab dia sendiri tidak tahu dia sebenarnya cantik.

Dalam situasi begini, kita boleh bayangkan apakah bentuk persediaan yang dilakukan terutama dari segi persediaan minda, latihan menjawab soalan, catwalk, pemilihan pakaian dan sebagainya.

Sudah beberapa kali peserta pertandingan Unduk Ngadau yang cantik, tidak menang hanya kerana mereka gagal menjawab dengan baik soalan yang diberikan.

Namun, itulah peraturannya. Bukan setakat cantik. Mesti juga pandai menampakkan kecerdikan dan sikap yang menyenangkan di hadapan juri dan ribuan penonton.

Tetapi jikalah Jawatankuasa Penaja membekalkan sekurang-kurangnya 50 soalan ramalan kepada peserta yang ditajanya, mungkin sumandak itu yang memang cantik menggigit, sudah menjulang trophi Unduk Ngadau—-Ratu Sinaran Mentari.

   
Email Print
   
 
 
E-browse