Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 EDUCATION

PIBG Binsulok rayu Kementerian Pendidikan bina bangunan sekolah baharu

19th June, 2019

BINSULOK ,MEMBAKUT: Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Binsulok merayu kepada Kementerian Pendidikan Persekutuan dan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah agar dapat membina bangunan baru bagi mengantikan bangunan sekolah yang sedia ada yang tidak terjamin keselamatan.

Dengan terbinanya bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang kini sudah tidak selesa diduduki oleh lebih tiga ratus pelajar dari pra sekolah dan tahun satu hingga tahun enam , akan dapat memberikan suasana serta keselamatan pelajar dengan lebih terjamin , kata Yang Di Pertua PIBG SK Binsulok Awangku Tamin Bin Pg.Hassan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG SK Binsulok yang turut di hadiri oleh Guru Besar Puan Minah Binti Dullah serta Ahli Jawatankuasa pada Jumaat lalu bertempat di bilik mesyuarat sekolah berkenaan.

“Melihat keadaan bangunan sekolah yang tidak selesa didiami pelajar , masyarakat kampung khususnya para ibu bapa merasa amat bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka apabila berada di sekolah tambahan lagi apa bila musim hujan bimbang dengan situasi bangunan sekolah “ ujarnya.

Ujarnya lagi “terdapat beberapa blok bangunan sekolah yang sudah tidak dapat dimasuki pelajar dan arahan ‘di larang masuk’ kebangunan sekolah itu telah pun dikeluarkan kenyataan bagi memperingati kepada semua pelajar termasuk guru-guru dan ibu bapa agar menjauhi dari mendekati dan memasuki bangunan sekolah itu ”.

Sambil menyokong saranan dan kenyataan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Haji Arif yang mahukan Kementerian Pendidikan Pusat dan Negeri serta Jabatan Pendidikan negeri dan daerah bertindak dalam mengatasi masalah bangunan SK Kampung Binsulok semasa Arifin menziarahi ke sekolah berkenaan minggu lalu , Awangku Tamin menekankan amat lah tepat sekali tindakankan yang sewajarnya diambil dalam memberikan situasi yang terbaik .

Beliau yang juga Timbalan YDP SMKA Kimanis menjelaskan , mesyuarat AJK Pibg SK Binsulok mengesyorkan kepada kerajaan agar dapat membina bangunan yang baru keatas tanah seluas tujuh ekar yang terletak lebih kurang 1 km dari bangunan lama sekolah ini.

Terangnya , ada penduduk yang bersedia menyediakan tapak untuk bangunan baru yang mana kawasan tanah yang diduduki bangunan sekolah masih belum selesai pembayaran pampasan orang kerajaan seperti yang dituntut oleh generasi waris pemilik tanah ini.

Bangunan sekolah yang awal dibina sekitar awal tahun enam puluhan , walau terdapat bangunan yang telah dibina baru , namun kini sudah tidak selamat digunakan yang mana terdapat struktur termasuk tiang, gelagar /penyucuk yang sudah reput dan dimakan anai-anai” jelas Awangku Tamin.

Jelasnya lagi , ini menyebabkan pelajar tahun empat dan lima terpaksa dipindahkan ke dewan serbaguna sebagai tempat belajar termasuklah pelajar pra sekolah yang mengosongkan bangunan sekolah mereka.

Beliau menggesa kepada Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah meninjau keadaan bangunan sekolah dan cadangan tapak baru yang dicadangkan dalam menambahkan mutu Pendidikan yang terjamin dengan tranformasi serta komitmen kerajaan menaik taraf bangunan sekolah yang diketegorikan ‘sekolah daif’ kepada bangunan sekolah yang terbaik.

Beliau berserta AJK Pibg SK Binsulok bersedia dan akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan bercadang untuk menemui pihak Kementerian Pendidikan Persekutuan dan Negeri bersama ADUN Membakut dalam membawa misi dan visi kearah persefahaman yang terbaik.

Pada mesyuarat itu beliau merakamkan terima kasih kepada ADUN Membakut Datuk Haji Mohd Arifin yang juga Ketua Penaja Parti BERSATU Bahagian Kimanis yang telah menyumbangkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah dan PIBG yang diterima oleh Guru Besar Puan Minah Binti Dullah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse