Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 EDUCATION

Pembinaan bangunan baharu SMK Libaran beri kemudahan pembelajaran lebih selesa: Zakaria

19th June, 2019

SANDAKAN: Pembinaan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran, di Pekan Muhibbah dengan kos RM 33 juta diyakini akan memberi kemudahan pembelajaran lebih selesa kepada pelajar di kawasan Parlimen Libaran.

Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Haji Mohd Edris bagaimanapun berkata, kelewatan kerja-kerja pembinaannya yang kini hanya mencapai 40 peratus siap telah merencatkan usaha kerajaan khususnya bagi menyediakan kemudahan pembelajaran lebih selesa kepada pelajar luar bandar.

Kelewatan itu sekaligus menyebabkan peratus siap pembinaan sekolah berkenaan tersasar daripada jadual yang ditetapkan. Justeru, beliau menggesa agar kontraktor yang dipertanggungjawabkan mempercepatkan kerja-kerja pembinaan sekolah tersebut yang menjadi keutamaan pelajar di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau membuat tindakan susulan kepada Menteri Kerja Raya Malaysia, Baru Bian bagi mendapatkan status pelaksanaan menaiktaraf Jalan Dandulit, di Rancangan Sungai Manila.

Katanya, tindakan susulan itu termasuklah mendapatkan jumlah kos sebenar naik taraf jalan berkenaan, sama ada masih kekal RM 6 juta atau terdapat perubahan kos, selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Zakaria berkata demikian kepada media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri Ahli Jawatankuasa (AJK) BERSATU Bahagian Libaran Yusri Abu di peringkat satu Rancangan Sungai Manila pada hari Ahad.

Beliau yang juga Ketua Penaja Pimpinan BERSATU Bahagian Libaran turut menerima borang keahlian BERSATU dari 50 penduduk dari Rancangan Sungai Manila peringkat satu yang diserahkan oleh Yusri.

Hadir bersama ialah Datin Raishah Jubar, isteri kepada Zakaria, AJK Sri Kandi , AJK Armada dan juga AJK Bahagian Libaran.

   
Email Print
   
 
 
E-browse