Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Akademik, sahsiah perlu diseimbangkan: Jaffari

19th June, 2019

SANDAKAN: Bidang akademik sememangnya penting, namun kanak-kanak juga perlu dibekalkan dengan sahsiah peribadi agar menjadi insan yang berguna kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Untuk Libaran, Jaffari Waliam berkata pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak merangkumi pencapaian dalam bidang akademik dan juga sukan.

Jelasnya, kanak-kanak juga perlu diberi peluang dan ruang untuk menggilap potensi dan bakat dalam bidang sukan kerana menerusi pendedahan awal boleh melahirkan atlit sukan yang berjaya.

Demikian dalam teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Libaran, Rasidi Asri ketika merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Libaran 2019 di Dewan Kompleks Sukan Sandakan di sini, kelmarin.

Sementara itu, Pegawai KEMAS Daerah Sandakan, Jakariah Patuhai berkata setiap tahun hari potensi itu akan dilaksanakan sama ada aktiviti indoor ataupun outdoor secara bergilir-gilir.

Katanya, bagi tahun ini, giliran aktiviti indoor diadakan seperti bola jaring, futsal, rounders, formula 1, pecut berhalangan, gerak kreatif dan Si Cilik Pintar Taska.

Menurut beliau, kejayaan penganjuran hari potensi kali ini bukan hanya dilihat menerusi penglibatan kanak-kanak, malah juga ibubapa dan penjaga yang memberikan komitmen walaupun program itu berlangsung pada hari bekerja.

Jelasnya, mereka yang berjaya pada hari potensi itu akan meneruskan misi memburu kejayaan pada Hari Potensi Peringkat Zon Sandakan yang dijadual berlangsung pada bulan depan.

Manakala, peringkat negeri akan diadakan di Papar dan peringkat kebangsaan pula di Pulau Pinang.

Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika dan Taska KEMAS itu disertai seramai 512 kanak-kanak daripada 99 buah kelas tabika dan empat kelas taska di Parlimen Libaran.

   
Email Print
   
 
 
E-browse