Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Kebakaran: Kerajaan kaji mekanisme ke arah rancang semula pembangunan kawasan kampung

19th June, 2019

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Haji Jaujan Hj Sambakong berkata pihak kerajaan negeri akan mengkaji mekanisme yang terbaik ke arah merancang semula pembangunan di kawasan perkampungan terlibat kebakaran khususnya dalam Parlimen Batu Sapi.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, katanya mekanisme ini antara lain mengadakan satu mesyuarat untuk menentukan perancangan pembangunan yang sesuai dilaksanakan di kawasan tersebut.

Untuk itu, beliau bersama agensi di bawah kementeriannya mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan kampung yang terbakar bagi mengenal pasti keadaan tanah, status tanah dan keluasan tanah sebelum pembangunan semula dilaksanakan nanti.

Beliau cukup gembira kerana telah berpeluang mengadakan lawatan yang membolehkan pihaknya dapat mengenal pasti keadaaan tanah dan status tanah.

“Yang penting sekali bagi kita adalah boleh merancang dan kalau kita merancang, kita kata status tanah sama ada tanah ini luas berapa, sesuaikah tidak dibangunkan semula dalam konteks pembangunan macam mana kita nak buat,” katanya.

Jaujan berkata demikian ketika sidang media sejurus selepas mengadakan lawatan ke Kampung Karamunting Baru, Kampung Air dan Kampung Gas yang terlibat kebakaran itu.

Hadir sama adalah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, George Hiew Vun Zin dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Sekong, Ariffin Haji Asgali serta agensi-agensi di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah termasuklah pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Mengulas lanjut, Jaujan selaku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata status Kampung Gas yang telah digazetkan sebagai kawasan perkampungan akan memudahkan kerajaan untuk merancang pembangunan yang bersesuaian.

Menurutnya lagi, status Kampung Karamunting yang dimiliki oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) turut tidak akan menimbulkan masalah berkaitan pemilikan tanah.

Dalam pada itu, ujarnya pihak kerajaan juga sudah menerima laporan berhubung kejadian kebakaran di kawasan itu serta jumlah mangsa yang terlibat termasuklah luas kawasan perkampungan yang terbakar iaitu Kampung Air, seluas 4 ekar, Kampung Karamunting 6 ekar dan Kampung Gas, 20 ekar.

Tambahnya, kerajaan sentiasa prihatin dan sedar dengan keperluan rakyat khususnya mangsa kebakaran yang masih belum memiliki rumah dan perlu dibela segera.

   
Email Print
   
 
 
E-browse