Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Two men in pump boat caught in another blast fishing case |  Double whammy for gatherer |  Safa gets cracking |  Sazarice Group to hold two-day “Have a Rice Day” carnival Sept 21-22 |  Tadau Pahlawan 2019 nakaanjur miampai osindak kinaramaion |  Pingludaan kadaaton id watas Poonsokid kiguno lobi kasaru |  Nilai kemanusiaan dalam era IR4.0 perlu diperkasakan |  New four-storey RM3 million SJK (C) Kin Kiau Kinarut building launched |  Isuzu Malaysia unveils first EEV pick up truck |  Azhar: Get creative, innovative and leap into franchising |  Meruntum Beach clean-up: Local community takes own initiative |  Sebanyak 290 kes hilang kerja di Sandakan |  13 sertai Ekspedisi Headhunter Trails Challengge |  JPN serah 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa kebakaran |  Latihan bencana perlu diadakan lebih kerap, kata Dr Dzulhelmy | 
 BM

Dua pasangan adik beradik antara 11 suspek penagih dadah ditahan

19th June, 2019

RIZALMI LIMAN

KENINGAU: Dua pasangan adik-beradik antara 11 suspek penagih dadah yang ditahan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau, pada operasi yang dijalankan pada malam Ahad.

Menurut Ketua Operasi, Azry Golbin @ Azmi, kedua-dua pasangan adik-beradik berkenaan adalah terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang ditahan dilokasi berasingan di tiga buah Kampung di daerah ini.

Katanya, sepanjang operasi yang dijalankan selama dua jam bermula pada jam 10 malam itu, pihaknya telah berjaya menahan seramai 11 suspek yang terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita yang kesemuanya gagal ujian saringan dadah jenis methamphetamine atau pun syabu.

Sehubungan itu, Azry turut menyatakan bahawa tangkapan bagi kes wanita setakat Jun ini telah mencecah seramai 20 orang dan merupakan peningkatan yang sangat ketara berbanding tahun lalu.

Sementara itu katanya, pada malam yang sama penguatkuasa AADK yang bertugas turut menahan seorang suspek lelaki yang berumur 58 tahun yang mengakui telah terlibat dengan dadah selama tempoh melebihi 10 tahun.

“Menurut suspek lelaki berkenaan menyatakan bekalan dadah yang mudah diperolehi menjadi antara penyebab kepada dirinya untuk terus bergantung dengan penggunaan dadah sehingga kini.

“Untuk rekod, usia 58 tahun ini merupakan umur tangkapan tertua bagi suspek penagih dadah yang dilakukan oleh AADK Keningau,” katanya ketika dihubungi pemberita kelmarin.

Katanya, kesemua yang ditahan Akan disiasat dibawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah, Rawatan Dan Pemulihan 1983 kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Jelasnya, kesemua yang ditahan direman selama sembilan hari oleh Majistret Daerah Keningau bermula Isnin bagi tujuan siasatan lanjut.

Tambahnya lagi, operasi yang dijalankan adalah berdasarkan aduan awam dan juga hasil daripada risikan yang dibuat dalam tempoh seminggu di semua kawasan yang disasarkan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse