Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dua keluarga nekad hantar anak lelaki ke pusat rawatan dan pemulihan dadah |  Robert nafi tinggalkan StarSabah |  Too early to determine success or failure of KB paddy project – Dr Ronald |  CM hands over 2,300 individual land titles |  Virus break lets Shalin hit pause button - and prepare for restart |  ‘Don’t let them waste away’ |  Back to golfing as State squad prepares for Sukma Games |  Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu |  Climbing Mt Kinabalu in the new normal environment |  All Sabah schools soon to be fully reopened with strict SOPs |  Gibraltar BSN extends Customer Relief Programme |  Tabung Haji records RM1.55 bln investment income in H1 2020 |  Perodua: Myvi 1.3L G (S-Edition) is for Brunei market |  Media Sandakan nakaramit toluod tokop todung om kabang |  Robert Tawik minogolim tuminongkiad do StarSabah | 
 BM

Anggota TUDM terpaksa lupakan hasrat berhari raya demi tugas

19th June, 2019

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Tidak pulang berhari raya demi memastikan ruang udara di Sabah sentiasa selamat daripada ancaman musuh, itu perkara biasa yang dialami anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang betugas di sini.

Demi tanggungajawab dan tugas yang perlu dijalankan dengan penuh komitmen segalanya terpaksa dikorbankan termasuk perasaan insan tercinta yang tabah dengan semangat sang perwira ini.

Laskar Muda Kanan, Muhammad Amir Hakimi Mohd Fazir (Amir), 25, yang baharu melangsungkan perkahwinan pada 27 April lalu terpaksa melupakan peluang beraya tahun pertama bergelar suami demi tanggungjawab.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu terpaksa meninggalkan isteri di Selangor, Nur Ammira Natasha Izham, 24, selepas dua minggu bergelar suami isteri kerana tuntutan tugas di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) Tawau.

Dia yang telah lima tahun berkhidmat dalam TUDM hanya mampu memaklumkan kepada isterinya yang menetap bersama keluarga di Rawang tidak boleh menyambut lebaran hari pertama baru-baru ini bersama mereka.

“Perasaan sedih memang ada, isteri saya turut sedih selepas saya memaklumkan saya tidak dapat beraya bersama dia dan ahli keluarga tetapi isteri ada menghantar rempeyek kegemaran saya hasil air tangannya,” katanya.

Bagi Laskar Udara 1, Mohammad Arif Omar (Arif), 26, yang juga baharu berkahwin bulan November tahun lalu juga berhadapan situasi sama apa ila terpaksa melupakan hasrat pulang ke kampung halaman di Klebang, Melaka.

Bagaimanapun, berita itu telah dimaklumkan lebih awal kepada isterinya Nadirah Othman,26, yang turut tinggal bersamanya di Tawau dan kini sedang hamil empat bulan.

“Kami berdua tidak ada membuat sebarang persiapan raya sebab isteri pun tidak balik kampung kerana menghadapi alahan ketika mengandung,” katanya.

Anak bongsu daripada lapan beradik ini berkata walaupun dapat beraya bersama isteri tetapi turut berasa sedih kerana berjauhan dengan keluarga terutama ibu dan bapanya yang uzur berusia 73 tahun.

“Tidak mengapa tidak pulang hari raya asal negeri Sabah dan negara berada dalam keadaan selamat serta aman, dan orang ramai dapat berhari raya bergembira bersama keluarga,” katanya.

Kedua-dua anggota itu ditemui pada Majlis Penyerahan Bungkusan Raya, di PBOU, di sini, baru-baru ini oleh Panglima Operasi, Leftenan Jeneral, Datuk Seri Abdul Mutalib Ab Wahab kepada anggota yang bertugas pada Aidilfitri.

   
Email Print