Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Two men in pump boat caught in another blast fishing case |  Double whammy for gatherer |  Safa gets cracking |  Sazarice Group to hold two-day “Have a Rice Day” carnival Sept 21-22 |  Tadau Pahlawan 2019 nakaanjur miampai osindak kinaramaion |  Pingludaan kadaaton id watas Poonsokid kiguno lobi kasaru |  Nilai kemanusiaan dalam era IR4.0 perlu diperkasakan |  New four-storey RM3 million SJK (C) Kin Kiau Kinarut building launched |  Isuzu Malaysia unveils first EEV pick up truck |  Azhar: Get creative, innovative and leap into franchising |  Meruntum Beach clean-up: Local community takes own initiative |  Sebanyak 290 kes hilang kerja di Sandakan |  13 sertai Ekspedisi Headhunter Trails Challengge |  JPN serah 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa kebakaran |  Latihan bencana perlu diadakan lebih kerap, kata Dr Dzulhelmy | 
 BM

Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu

19th June, 2019

KOTA KINABALU: Mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai menjadi punca sang suami bertindak menikam isteri itu dengan sebilah pisau di sebuah rumah kongsi pekerja di Jalan Teluk Likas, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang berumur 61 tahun maut selepas ditikam sebanyak dua kali di belakang badannya oleh suaminya yang berumur 59 tahun.

Katanya pihak polis menerima maklumat kejadian berkenaan kira-kira jam 2.49 pagi dan sebaik sampai di tempat kejadian pihak polis menemui seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dan dalam keadaan tidak sedar di dalam rumah berkenaan.

Selepas menikam isterinya, lelaki itu telah menikam dirinya sendiri dipercayai untuk membunuh diri namun berjaya digagalkan oleh pihak polis dan berjaya ditahan, katanya dalam sidang media di sini, kelmarin.

Menurutnya lelaki itu juga turut bertindak membakar rumah kongsi berkenaan namun berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

   
Email Print
   
 
 
E-browse