Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Nelayan Bajau Laut diculik di perairan Lahad Datu

19th June, 2019

KOTA KINABALU: Sepuluh Nelayan Bajau Laut diculik dipercayai oleh lelaki bersenjata yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf di perairan Lahad Datu awal pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (gambar) berkata nelayan itu berumur antara 17 hingga 60 tahun tidak mempunyai dokumen peribadi dan hanya mempunyai surat Lepa-lepa untuk tinggal di negara ini.

“Kesemua mereka telah dibawa ke negara jiran (Filipina) oleh penculik- penuliknya,” katanya.

Beliau berkata mereka adalah antara 16 orang nelayan menaiki dua bot menuju Lahad Datu menuju ke Semporna apabila mereka terserampak oleh penculik-penuculik itu di Felda Sahabat 9 kira-kira jam 2 pagi. Enam lagi berjaya menyelamatkan diri.

Mereka dipercayai telah dibawa ke Pulau Sitangkai Island di Selatan Filipina, kira-kira 15 minit menaiki bot dari Tambisan, Lahad Datu.

Omar berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap kejadian ini dan mengambil keterangan daripada enam orang yang berjaya melepaskan diri.

Beliau berkata berikutan dengan kejaidan itu Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am bersama anggota pasukan keselamatan lain telah mempertingkatkan rondaan di perairan pantai timur Sabah terutama sekali di perairan Lahad Datu.

Minggu lepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam wawancara dengan Bernama berkata pengganas Abu Sayyaf yang berpangkalan di Jolo Sulu di Selatan Filipina masih menjadi ancaman kepada perairan pantai timur Sabah Terdahulu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) belum menerima laporan berhubung dakwaan kes penculikan membabitkan 10 nelayan Filipina di perairan Sabah berhampiran Kepulauan Tawi-Tawi, Selatan Filipina, awal hari ini.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata kejadian itu, sekiranya berlaku, belum dapat disahkan sama ada di perairan negara ini atau Filipina.

“Setakat ini kami belum terima apa-apa laporan, dan kejadian tidak pasti sama ada berlaku di perairan Malaysia atau Filipina,” katanya ketika dihubungi di di Lahad Datu

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanya tentang perkara itu berkata kerajaan Sabah telah mengemukakan cadangan kepada pihak keselamatan di peringkat persekutuan untuk menempatkan kem tentera di lokasi sesuai khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sabah berkata cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan penduduk di kawasan itu bagi menangani sebarang jenayah rentas sempadan termasuk penculikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Forum Sabah Baharu: Cabaran Baharu, Realiti Baharu, Peluang Baharu anjuran bersama Institut Kajian Pembangunan Sabah dan Institut Strategik Kingsley di sini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse