Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Two men in pump boat caught in another blast fishing case |  Double whammy for gatherer |  Safa gets cracking |  Sazarice Group to hold two-day “Have a Rice Day” carnival Sept 21-22 |  Tadau Pahlawan 2019 nakaanjur miampai osindak kinaramaion |  Pingludaan kadaaton id watas Poonsokid kiguno lobi kasaru |  Nilai kemanusiaan dalam era IR4.0 perlu diperkasakan |  New four-storey RM3 million SJK (C) Kin Kiau Kinarut building launched |  Isuzu Malaysia unveils first EEV pick up truck |  Azhar: Get creative, innovative and leap into franchising |  Meruntum Beach clean-up: Local community takes own initiative |  Sebanyak 290 kes hilang kerja di Sandakan |  13 sertai Ekspedisi Headhunter Trails Challengge |  JPN serah 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa kebakaran |  Latihan bencana perlu diadakan lebih kerap, kata Dr Dzulhelmy | 
 BM

Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut

170519_front_b
SELAMAT .… Dua kaki pancing ditemukan selamat berpaut pada tong gelen selama hampir dua jam selepas bot mereka terbalik di pukul ombak.

17th May, 2019

Oleh NAZRINI BADARUN

TAWAU: Tiga kaki pancing terselamat selepas bot gentian kaca yang dinaiki terbalik dipukul ombak kuat ketika memancing di perairan Sungai Tawau pada Rabu.

Seorang mangsa, Samri Sundu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke kawasan pantai berhampiran, manakala Shahrul Lizam Rizman dan Azman Abd Rahim pula diselamatkan selepas berpaut pada tong gelen selama hampir dua jam.

Ketiga-tiga mangsa berusia sekitar 17 hingga 46 dari Kampung Batu 2, Tawau, telah keluar memancing sekitar jam 5.30 petang.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat awal bagi melakukan pencarian di sekitar tempat kejadian pada 6.50 petang.

“Kita melakukan pencarian untuk dua mangsa yang ketika itu masih belum ditemukan, namun sekitar jam 7.19 petang, kita menerima maklumat kedua-dua mangsa telah dijumpai oleh adik kepada mangsa yang selamat dikenali sebagai Zikri.

“Kedua-dua mangsa ditemukan di sekitar perairan Batu 4, Tawau yang berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan,”katanya dalam kenyataan.

Mangsa yang selamat katanya, dipindahkan ke bot Maritim Malaysia yang berada di lokasi mangsa dijumpai untuk dibawa ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan.

Mohd Yusri dalam pada itu berkata, komuniti maritim disarankan supaya peka dengan perubahan semasa keadaan cuaca ketika keluar ke laut dan sentiasa memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

Sebarang maklumat kecemasan mahupun aduan salah laku jenayah maritim katanya, boleh disalurkan ke Pusat Operasi, Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999.

   
Email Print
   
 
 
E-browse