Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Tawau National Park to have world’s first pangolin sanctuary |  Goldman Sachs' offer is "peanuts – PM |  Isteri terkilan tidak mampu duduki rumah bersama suami |  Parties should work together to better serve Penampang folk |  ‘I will not go beyond three years’ – PM |  Papar Strongman Novice Challenge on June 29 |  Tambadau on the brink of Premier League glory |  Crime Prevention Foundation needs strategic partnerships to halt cyber crimes |  Visa on arrival for Labuan approved |  'Bersatu does not simply accept members' |  National Unity and Integration Department adds another feather in its cap |  New online booking portal to offer competitive rates |  29 moninigup id Sandakan kinompaun RM7,250 |  PGA Beluran kavavagu mokianu Batalion di pantangon om kikosizan |  UMS listed in QS World University Rankings 2020 for the first time | 
 BM

77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian

170519-ums-2
CERITA ... Dr. Azaze (tengah) bersama para penerima SBP sambil menunjukkan surat tawaran masing-masing.

17th May, 2019

KOTA KINABALU: Seramai 77 pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Skim Bantuan Pascasiswazah (SBP) Semester 2 Sesi 2018/2019 dalam satu majlis penyerahan surat tawaran skim berkenaan yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Kebajikan Pelajar), Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS), Dr. Azaze @ Azizi Abdul Adis, baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya merupakan pelajar antarabangsa yang menerima Skim Yuran Pelajar Antarabangsa (SYPA).

Pada majlis itu, Dekan PPPS, Profesor Dr. Arsiah Bahron mengingatkan kepada para penerima untuk memanfaatkan skim bantuan berkenaan sebaik mungkin dan menggunakannya untuk mencapai Graduate on Time (GoT).

“Semoga dengan adanya skim ini, dapatlah meringankan beban kewangan para pelajar dan semoga mereka yang menerima skim ini akan terus cemerlang dalam pengajian.

“Saya juga menyarankan agar semua penerima mengikuti pertandingan 3 Minute Thesis yang diadakan setiap tahun,” ujarnya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Dr. Azaze.

Sementara itu, Dr. Azaze mengingatkan kepada semua penerima untuk mengikuti program Kolokium SBP yang akan diadakan pada bulan Julai 2019.

“Dalam kolokium tersebut, para penerima SBP akan membentangkan secara ringkas mengenai penyelidikan dan kemajuan pengajian masing-masing,”ujarnya.

Untuk rekod, seramai 127 penerima SBP telah tamat pengajian antara tahun 2015 sehingga 2017, iaitu 15 orang daripadanya telah GoT dan selebihnya telah menghabiskan pengajian dengan jayanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse