Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
_1
99 per cent of M-League teams complete privatisation process – FAM |  Tambadau leave early for Johor on chartered flight |  ‘Masculine’ sarongs to hit the market soon |  AirAsia to commence Kuching-Langkawi route in November |  ASNB declares total payout of RM646m for three funds |  Banks have approved 98 pct of 500,000 applications for repayment assistance – BNM |  Malaysia's economic activity outcome to improve in Q3 – DOSM |  Pokisompuruan i Rubin id Kabinet mongobi’ Murut |  Hajiji kaanu momupus kokusutan pulitik Sabah |  Songulun nogompitan tinanggayan Abu Sayyaf napatai id Sulu |  Hajiji minonimpuun kalaja sabaagi Vozoon Montili Sabah |  Penduduk pedalaman harap k'jaan baharu beri perhatian masalah, keperluan pembangunan |  Empat anggota PPM cedera, bot peronda meletup |  COVID-19: Semua urusandi JPN Sabah dilaksanakan secara temu janji |  ‘Lockdown’ in Sabah this Friday fake news – MKN | 
 BM

UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D

170519-lead-2
TUKAR DOKUMEN ... Pertukaran dokumen perjanjian di antara UMS dan UNICEF, D Kamarudin (dua, kanan) dan Rodaslaw Rzehak (dua, kiri) di Pejabat Naib Canselor UMS.

17th May, 2019

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi universiti pertama di Malaysia menubuhkan Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan UMS-UNICEF (C4D), dan merupakan universiti kedua dalam kalangan negara ASEAN selepas Dhurakij Pundit University Bangkok, Thailand.

Penubuhan unit tersebut merupakan hasil daripada perjanjian kerjasama di antara UMS dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) yang ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin bersama Timbalan Wakil UNICEF di Malaysia, Rodaslaw Rzehak di Pejabat Naib Canselor, di sini, pada Rabu.

Datuk Dr. D Kamarudin dalam satu kenyataan hari ini berkata melalui perjanjian tersebut, UMS akan menyediakan ruang operasi dan sumber manusia yang terdiri daripada ahli akademik, manakala UNICEF menyediakan dana permulaan serta kepakaran sedia ada.

“Antara tujuan penubuhan C4D termasuklah menjalankan penyelidikan tindakan tentang isu berkaitan wanita dan kanak-kanak bagi mewujudkan kerangka tindakan yang sesuai, menyediakan khidmat perundingan dan latihan serta mewujudkan jaringan kerjasama dalam penyediaan sokongan teknikal.

“Selain itu, unit ini juga akan mempromosikan penggunaan C4D sebagai cross-cutting strategy dalam pelaksanaan projek pembangunan sosial dan menjadi rakan kongsi pilihan oleh agensi yang memerlukan khidmat C4D,” ujarnya. Menurut Datuk Dr. D Kamarudin, UNICEF juga turut menyediakan dana permulaan bernilai lebih RM300,000 untuk tujuan latihan dan pembangunan kapasiti serta isu-isu berkaitan wanita dan kanak-kanak.

“Kita berterima kasih kepada UNICEF kerana memilih UMS sebagai rakan strategik untuk penubuhan unit ini. Kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak industri pada masa akan datang,” tambahnya.

C4D merupakan satu penggunaan pendekatan komunikasi dalam menyokong projek pembangunan sosial termasuk pertanian, pendidikan, kesihatan dan pembasmian kemiskinan.

   
Email Print