Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 Leisure

'Hinava' kompilasi terbaharu lagu-lagu Kadazan

23rd April, 2019

MENGUMPAMAKAN album mereka seperti hinava, sejenis makanan tradisi terkenal suku kaum Kadazandusun, tujuh artis yang bergabung menjayakan album terbaharu dinamakan ‘Hinava’ yakin lagu-lagu dalam album itu menggamit selera para peminat lagu-lagu tempatan khsususnya lagu berbahasa Kadazan.

Mewakili artis-artis terlibat Anna Stanislaus berkata, ibarat hinava yang dihasilkan daripada pelbagai ramuan dan campuran, album Hinava juga terdiri daripada pelbagai genre atau rentak lagu di samping membabitkan penyanyi lama dan baharu.

“Sudah semestinya lagu-lagu dalam album ini ‘sedap’ di dengar dan membuatkan pendengar terus ingin mendengarkan,” katanya.

“(Album ini) macam hinava, disebabkan ramuannya terdiri daripada bawang, lada, halia, sayur peria dan pelbagai lagi. Sekali makan, mahuuu lagiii!,” tambahnya.

Album yang memuatkan 13 lagu ini turut menjanjikan kelainan tersendiri dimana tiga daripada lagu terkandung dinyanyikan secara berduet melibatkan lagu ‘Piginavaan Dito’ ciptaan Anna Stanislaus yang dinyanyikannya bersama dengan Jeffson Jefrin Sipili, dan sebuah lagi lagu ciptaannya ‘Miupus Sogigisom’ dinyanyikan oleh Richard Michael dan Catherine Vitalis.

Manakala dua lagu lagi adalah ciptaan Alice Marius yang dinyanyikannya bersama dengan Fero Minius.

Selain itu, Anna Stanislaus yang mencipta enam daripada 13 lagu dalam album ini, jturut menyanyikan semula dalam versi Kadazan lagu diberi tajuk ‘Kinoikatan Nu’, asalnya berbahasa Melayu bertajuk ‘Hadirnya Dirimu’ cipitaan Ed Widad (Widad Entertainment) nyanyian Qaliysha Mentor.

“Saya sangat berbesar hati kepada Ed Widad kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyanyikan semula lagu ciptaannya dalam bahasa Kadazan,” ujar Anna.

Lagu lain ciptaan Anna yang juga penyampai radio AtukoiFM siaran Kadazan dan merupakan Juara serta Vokal Terbaik Carta Lagu Kadazan 2013, adalah ‘Ama Apa Koupusanku’ yang dinyanyikannya sendiri, ‘Toimoonku Nopo’ (Arl Rafy), ‘Apatut Zou Nangku’ (Wanda Unggin), ‘Id Iso Kalamazan’ (Jelita Situil).

Sebuah lagi lagu bertajuk ‘Poingandad Diau’ merupakan ciptaan Anna dan Douglas Henry (Pusakag Production). Mengulas lanjut, Anna turut menyatakan kegembiraan serta keterujaannya dengan penerbitan album Hinava. “Saya juga gembira bekerjasama dengan kesemua penyanyi terlibat terutamanya mereka yang masih baharu kerana menunjukkan minat mendalam dalam nyanyian.

“Pastinya menerusi album ini, impian mereka untuk turut berada dalam arena seni hiburan menjadi kenyataan,” katanya lagi sambil berharap lebih ramai penyanyi menunjukkan bakat mereka.

Anna juga menjelaskan, antara lain penerbitan Hinava memuatkan lagu-lagu Kadazan adalah satu daripada cara memartabatkan bahasa ibunda selaras dengan pepatah, ‘Maza Hozou Atampasi Boos Tokou’.

Rakaman album yang dianggapnya ‘projek kilat’ itu dibuat di Pusakag Production sebuah studio dikenali, manakala susunan muzik oleh Douglas Henry.

Lebih lanjut, Anna berkata proses menjayakan album Hinava adalah secara spontan dengan masa yang amat singkat dimana perancangan awal adalah pada Mac lalu dan dimulakan sebaik sahaja para penyanyi terlibat bersetuju.

Menurut Anna, album Hinava dijangka akan berada dalam pasaran pada Mei depan bersempena dengan sambutan Kaamatan.

“Saya berharap album ini akan mendapat sokongan dan dapat diterima oleh pendengar,” katanya lagi. Lagu lain yang terdapat dalam album Hinava adalah ciptaan Donny Sipili dinyanyikan oleh Richard Michael bertajuk

‘Poihoo Zou’ dan juga ‘Piginavaan’ ciptaan dan nyanyian Frandius Tendahal.

Sementara itu seorang lagi artis terlibat, Alice Marius yang juga penyampai radio Sabah VFM Siaran Kadazan, penyanyi dan komposer mencipta tiga lagu dalam album Hinava, iaitu ‘Timpu Koundaangan’ nyanyiannya sendiri, ‘Kalamazan Tadau Kaamatan’ (Chrispine Joseph) dan juga ‘Iziau’ dinyanyikan berduet dengan Fero Minius. Menurut Alice, dia sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama menjayakan album Hinava bersama penyanyi-penyanyi Kadazandusun yang dikenali di negeri ini.

“Diharap lebih banyak peluang seperti ini pada masa akan datang sekaligus menambahkan pengalaman saya dalam bidang seni suara,” katanya.

Bagi penyanyi baharu, Arl Rafy dan Wanda Unggin pula, mereka bersyukur kerana mendapat peluang bersama-sama dalam album Hinava.

Arl Rafy menyifatkan peluang menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal, Anna Stanilaus merupakan kebanggaan buatnya.

“Adalah menjadi impian saya untuk menceburi bidang muzik dari dulu lagi,” kata Wanda pula yang mengajak semua pihak menyokong arena seni hiburan tempatan Sabah.

Finalis CLAS 12 yang juga penyanyi tempatan Jeffson Jeffrin Sipili pula berharap album Hinava terus mendapat sambutan daripada para pendengar.

Juara Sugandoi Daerah Penampang dan Papar, Chrispine Joseph pula berasa gembira kerana dapat berkolaborasi bersama artis-artis tempatan dikenali.

Perasaan sama turut dikongsi oleh Richard Michael yang mana penglibatannya dalam Hinava disifatkannya sebagai pengalaman terbaik dan berharga.

   
Email Print
   
 
 
E-browse