Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 EDUCATION

Lawatan Penandaarasan KPKP SMK Takis Papar ke SMK Arshad, K-Belud

23rd April, 2019

KOTA BELUD: Seramai 28 murid dan sembilan guru serta 3 tiga Pembantu Pengurusan Murid Penandaarasan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SMK Takis Papar telah membuat Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SMK Arshad, Kota Belud baru-baru ini.

Menurut Penyelaras Lawatan Cikgu Wan Rosmawati Wan Md. Zain, objektif lawatan ini sebagai jalinan dalam berinteraksi antara kedua-dua sekolah ini selain dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran tentang kecemerlangan melalui pengalaman sebenar.

Katanya, program ini juga secara tidak langsung memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru-guru tentang pengurusan Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran.

Menurut beliau lagi, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas Pembelajaran yang ditawarkan adalah pelbagai yang merangkumi Asas Jahitan, Asas Tanaman, Pembutan Roti, Penyediaan Makanan dan Multimedia.

Dalam masa yang sama, masih ada kemahiran tambahan lain yang diusahakan sebagai Kebitaraan bagi KPKP SMK Arshad iaitu Spa yang menawarkan khidmat asas facial, manicure, pedicure, urutan tangan dan kaki.

“Selain Spa, turut dilaksanakan Kemahiran Projek Kraftangan Duang serta Inovasi Penanaman Bandar (Fertigrasi Nutripot dan Hidroponik),” ujarnya.

Wan Rosmawati juga menjelaskan, Urban Garden (Fertigrasi Nutripot dan Hidroponik) juga merupakan satu kaedah inovasi bagi menggantikan penanaman secara konvesional sementara projek Duang terhasil kerana daerah Kota Belud merupakan pengeluar kraftangan di Negeri Sabah.

Mengenai keistimewaan Spa Olundus yang diusahakan sebagai Kebitaraan oleh Pendidikan Khas SMK Arshad, Wan Rosmawati berkata, perkataan Olundus dalam bahasa Dusun bermaksud cantik, jelita atau anggun.

Oleh itu, Olundus Spa berkongsepkan etnik yang menggabungjalin penggunaan herba tradisi yang digunakapai oleh etnik Sabah.

Penggunaan herba tradisi semulajadi ini dapat menjimatkan kos dan mudah didapati di samping memberikan impak aroma terapi yang maksimum kepada kesihatan pelanggan.

Malahan gabungjalin teknik urutan tradisi dan lympatic sangat sesuai dengan tahap penguasaan Murid Berkeperluan Khas SMK Arshad yang terdiri daripada pelbagai tahap keupayaan, jelasnya.

Beliau juga dimaklumkan Pendidikan Khas Pembelajaran SMK Arshad ini mempunyai seramai 97 orang murid dan guru seramai 11 orang termasuk penolong kanan dan pembantu pengurusan murid seramai lima orang sementara pengetua sekolah ini Zuraidah Salleh dan Pen. Kanan Pendidikan Khas Pn. Zoriffah Binti Kudin.

Wan Rosmawati berkata, hasil dan input dari lawatan ini akan digunakan sebagai penambahbaikan pelaksanaan Kelas Pendidikan Khas SMK Takis khususnya pelaksanaan bidang kemahiran yang sangat baik pelaksanaannya oleh KPKP SMK Arshad.

   
Email Print
   
 
 
E-browse