Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 BM

Pemuliharaan ekosistem marin Taman Laut perlu diperkasa

23rd April, 2019

LABUAN: Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata usaha pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan marin bukan sahaja terletak dibahu Jabatan Perikanan Malaysia tetapi juga memerlukan sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat bagi melindungi biodiversiti marin dan alam sekitar.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa menyokong objektif dan fungsi penubuhan Taman Laut supaya Khazanah Negara ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

“Usaha pemuliharaan ekosistem marin Taman Laut perlu diperkasakan dan dilaksanakan secara berterusan agar khazanah marin ini berkekalan dan dapat terus memberi perkhidmatannya kepada alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembersihan Pantai sempena Hari Bumi yang diadakan Taman Laut Pulau Rusukan Besar, di sini baru-baru ini.

Katanya, kerajaan telah mewartakan kawasan perairan Taman Laut yang terdapat di seluruh negara sejauh 1 hingga 2 batu nautika bagi memastikan biodiversiti marin sentiasa terselamat daripada sebarang ancaman dan pencerobohan.

Menurut Faizal, akibat daripada kurangnya kesedaran masyarakat mengenai pentingnya melindungi biodiversiti telah mengundang kesan kepupusan pelbagai spesis termasuk Penyu Belimbing dan Kima Gergasi yang telah pupus di negara ini sejak tahun 1998.

Program Pembersihan Pantai anjuran Jabatan Perikanan Labuan sempena Hari Bumi peringkat Labuan telah disertai hampir 50 peserta yang bergotong royong membersihkan kawasan pantai sepanjang Pulau Rusukan Besar. Sebanyak 232kg sampah berjaya dikutip.

Turut sama menjayakan program komuniti itu ialah kakitangan pelbagai agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan seperti Persatuan Nelayan, Labuan Society dan Petronas Carigali Sdn. Bhd. OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse