Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 BM

MTDC rancang buka pusat usahawan berteras IR4.0 di Sabah

23rd April, 2019

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) merancang mewujudkan sebuah lagi pusat usahawan berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) – ‘Centre of 9 Pillars’ di Sabah yang menjadikan keseluruhan enam buah pusat seumpamanya diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata MTDC akan bekerjasama dengan usahawan tempatan terutamanya golongan belia yang berkecimpung dalam mana-mana sembilan bidang IR4.0.

Beliau berkata idea menubuhkan ‘Centre of 9 Pillars’ di negeri ini bertujuan menghubungkan kesemua enam pusat usahawan dalam usaha membantu meningkatkan industri di setiap negeri itu agar mencapai tahap IR4.0 “MTDC mahu bekerjasama dengan mana-mana kumpulan usahawan untuk membangunkan suatu tempat orang boleh datang dan belajar terutamanya mengenai IR4.0 dalam mana-mana sembilan bidang tersebut, selain menjalin kerjasama bagi meningkatkan teknologi mereka (usahawan).

“Melalui enam ‘Centre of 9 Pillars’ kita hendak menghubungkan kepakaran yang ada dalam bidang yang boleh menghasilkan produk contohnya menghasilkan robot, perkhidmatan dan siber sekuriti. Untuk sebuah industri itu menjadi kompetetif dalam dunia, kita perlukan kerjasama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jelajah ‘MTDC Road2Growth 2019’, di sini, kelmarin.

Norhalim berkata negara mempunyai kepakaran untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan IR4.0 tanpa perlu mendapatkannya daripada negara luar yang memerlukan kos yang tinggi.

“Kalau kita nak membangunkan industri kita, kita perlu membangunkan semua eko-sistem maknanya kita perlu ada pembekal produk daripada negeri kita sendiri. Kita kena bekerjasama dalam industri itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Norhalim berkata MTDC ‘Centre of 9 Pillars’ terdapat fi Universiti Putra Malaysia (UPM-MTDC), manakala lima lagi bakal diwujudkan iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MTDC) Johor Bahru, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Sabah merupakan destinasi keempat Program Jelajah ‘MTDC Road2Growth 2019’ selepas Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuantan sebelum ke Kuching yang dijadualkan pada 25 hingga 26 April ini. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse