Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 BM

Perkhidmatan feri bawa pelancong Tawau-Semporna bakal beroperasi

23rd April, 2019

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Perkhidmatan feri membawa pelancong dari Tawau ke Semporna bakal dilaksana dalam masa terdekat, kata Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Datuk Abd Muis Picho.

Menurutnya, sebuah feri baharu dari Sibu, Sarawak yang boleh memuatkan sehingga 160 penumpang dalam satu masa akan tiba ke daerah ini pada bulan hadapan untuk melakukan perkhidmatan itu.

“Saya dapat panggilan yang feri di KK (Kota Kinabalu) sudah sampai untuk bawa pelancong ke pulau-pulau di sekitar sana, jadi di Tawau akan sampai pada bulan hadapan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Karnival Promosi Jualan Makanan dan Pameran Barangan Sempena Tahun Melawat Tawau 2019 di Sabindo Plaza Tawau, malam kelmarin.

Katanya, inisiatif mewujudkan perkhidmatan feri membawa pelancong itu adalah cadangan yang telah lama difikirkan olehnya untuk mengetengahkan produk pelancongan di daerah Tawau.

“Pelancong menggunakan lapangan terbang Tawau untuk masuk ke Semporna jadi selepas ini kita mahu mereka ini bukan hanya sampai di lapangan terbang tetapi turut meneroka Tawau dahulu.

“Bukan tak ada produk pelancongan di Tawau, kita ada Pulau Sebatik yang di dalamnya ada penyu, proboscis monkey, ikan lumba-lumba, kelip-kelip dan juga ada pasar tanjung yang didalamnya ada macam-macam,”katanya.

Abd Muis yang juga wakil rakyat Sebatik berkata, jika perkhidmatan feri itu berjaya dilaksana akan memberi manfaat ekonomi yang luas khususnya kepada masyarakat kerana laluan feri akan turut diperluas ke negara jiran berdekatan.

“Pelancong datang ke Semporna 2000 orang sehari jadi kalau kita boleh tarik 500 orang sahaja bukan hanya peniaga besar tetapi peniaga warung pun akan dapat hasil juga,”ujarnya.

Terdahulu beliau memuji penganjuran program itu dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang dengan mengambil pendekatan mengetengahkan produk tempatan.

“Kita juga menggalakkan agar masyarakat membuat (homestay) inap desa untuk meningkatkan ekonomi manakala persatuan kebudayaan turut disaran melakukan aktiviti membantu mempromosi keunikan Tawau,” katanya lagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse