Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

KDCA Keningau anjur Pesta Kaamatan 27 hingga 28 April

23rd April, 2019

KENINGAU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) Keningau akan menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Keningau pada 27 dan 28 April ini, bertempat di Taman Bandukan Riverside Resort Bingkor, di sini.

Pengarah Program, Rafie Robert berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan pada pesta tersebut seperti pertandingan unduk ngadau, unduk ngadau dazanak, sugandoi, masakan tradisi, sukan tradisi, tarian tradisi dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

Selain itu katanya, pelbagai jualan akan diadakan pada pesta tersebut seperti jualan produk kraftangan, jualan hasil pertanian dan jualan-jualan usahawan tempatan serta pameran produk pelancongan daerah ini.

Katanya, majlis perasmian Pesta Kaamatan peringkat daerah ini bakal dirasmikan oleh Presiden KDCA, Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Datuk Kitingan, yang akan diadakan pada 27 April ini bersamaan pada Sabtu bermula pada jam 12 tengah hari.

“Turut diadakan pada majlis perasmian ini ialah acara akhir Sugandoi dan Unduk Ngadau.

“Pemenang pertandingan sugandoi dan unduk ngadau ini akan mewakili DUN Bingkor ke peringkat negeri,” jelasnya ketika dihubungi pemberita di sini, kelmarin.

Beliau mengalu-alukan orang ramai untuk hadir bersama-sama dalam memeriakan lagi Pesta Kaamatan tersebut. -Oleh RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse