Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

Karnival bahasa Kadazandusun 2 Mei ini di Kota Belud

23rd April, 2019

KOTA KINABALU: Karnival Bahasa Kadazandusun Peringkat Negeri Sabah akan diadakan selama dua hari bermula 2 Mei ini, di Dewan SMK Pekan II, Kota Belud.

Karnival tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Guru-Guru Bahasa Kadazandusun (MGGBKKB) Kota Belud dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick.

Antara pengisian karnival tersebut ialah pertandingan menulis esei, sajak, bercerita, menyanyi, persembahan gong serta pakaian tradisi terbaik dengan kelancaran berbahasa ibunda Kadazandusun.

“Karnival ini merupakan acara tahunan di Kota Belud selama ini dan saya berbangga kerana ianya kini dianjurkan di peringkat negeri melibatkan penyertaan beberapa daerah lain.

“Saya konsisten menyokong karnival ini sejak tahun 2014 dan berharap ia dapat memperkasakan penguasaan dan pembudayaan bahasa ibunda selain penguasaan bahasa kebangsaan dan antarabangsa di kalangan para pelajar,” kata Ewon.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada MGGBKKB yang diketuai oleh Catherine Benjamin di kementerianya disini kelmarin.

Dalam kunjungan tersebut, Ewon turut berbincang mengenai insiatif-inisiatif memperkasakan program pembelajaran dan pengajaran subjek Bahasa Kadazandusun termasuk menghantar guru-guru mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak.

Dalam kunjungan itu juga, Ewon menyampaikan sumbangan daripada peruntukan touchpoints menteri sebanyak RM22,500 untuk membiayai penganjuran karnival tersebut. -Oleh: NOOR ZAFIRA SHAFIE

   
Email Print
   
 
 
E-browse