Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 BM

DBKK atur pelbagai program sempena Pesta Kaamatan bandaraya

23rd April, 2019

KOTA KINABALU: Pelbagai program diatur oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2019.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata program berkenaan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan yang akan diadakan pada 3 dan 4 Mei ini di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya.

“Antara program yang dijadualkan ialah Pertandingan Sugandoi pada 3 Mei bermula jam 6 petang dan pertandingan akhir dibuat serentak dengan Majlis Perasmian Pesta Kaamatan pada hari yang sama bermula jam 6 petang.

“Majlis ini nanti dijangka akan dihadiri oleh Pembantu Menteri Kewangan merangkap Adun Inanam, Kenny Chua.

“Manakala, Pertandingan Akhir Unduk Ngadau pula akan bermula pada 4 Mei jam 7.30 malam dan tetamu kehormat ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.

“Seramai 15 finalis Unduk Ngadau yang bertanding dan empat pemenang teratas adalah wajib mewakili empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dun Karambunai, Likas, Luyang dan Tanjung Aru,” jelasnya.

Tambah Nordin, sebanyak 43 gerai akan menyertai Karnival Jualan Pesta Kaamatan yang akan diadakan selama dua hari dengan menjual pelbagai jenis jualan kraftangan, barangan dan makanan serta gerai pameran.

“Pihak DBKK akan mengurangkan kadar permit menjaja daripada RM50 ke RM30 pada dua hari tersebut bagi menjayakan karnival pada kali ini.

“Diharap dengan pengurangan ini, dapat memeriahkan lagi suasana Karnival Jualan Pesta Kaamatan dan menarik orang ramai,” ujarnya dalam sidang media sambutan berkenaan di sini, kelmarin.

Turut dirancang, persembahan tiga kumpulan buskers yang akan menyanyikan lagu bahasa Kadazan Dusun dan Murut serta lagu-lagu bahasa tempatan dan persembahan paluan gong dan tarian daripada kumpulan kebudayaan etnik Rungus Kudat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse