Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
SAPP wants public clarification on new electoral boundaries date |  Champs rest key players for final League match |  Man contracts JE disease in Sabah |  Unlock Art: Le Meridien chooses UCSF to celebrate Sabah’s unique cultures |  Koumohigan ahal di tavagat id Sabah, mositi intangan kozo |  Kusai, 21, noohian toluo JE id Sabah |  AirAsia to pay RM40.73 mln to MA Sepang |  AirAsia seeks partnerships, not rivalry – Tony Fernandes |  FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE |  'Sanzac Fun Run' rai sambutan jubli emas SMK Sanzac |  Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah |  APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah |  Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000 |  Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki |  Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol | 
 BM

2,000 'sambulayang' dipasang sepanjang 20 kilometer sempena sambutan Pesta Regatta Lepa

23rd April, 2019

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Sebanyak 2,000 ‘sambulayang’ atau layar perahu masyarakat Bajau dipasang sepanjang 20 kilometer jalan menuju ke Pekan Semporna sebagai memeriahkan sambutan Pesta Regatta Lepa pada kali ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong berkata jumlah pemasangan sambulayang itu adalah yang terbesar sepanjang 26 tahun penganjuran pesta berkenaan diadakan.

Menurutnya, bukan sahaja jumlah sambulayang yang terbesar dipasang pada kali ini malah jumlah kehadiran pengunjung juga disasarkan mampu mencapai melebihi 50,000 orang.

“Ini adalah kali pertama penganjuran Regatta Lepa di bawah parti Warisan dan kerajaan Sabah yang baru jadi kita jangka memang meriah dengan kehadiran ramai pengunjung,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke tapak perasmian Pesta Regatta Lepa 2019 di Padang Pekan Semporna, kelmarin.

Katanya, pada ketika ini persiapan pesta berkenaan berada pada tahap 70 peratus menjelang empat hari lagi acara kemuncaknya yang akan dihadiri Tuan Yang Terutama Negeri, Tun Juhar Mahirudin dan isteri.

Menurut Jaujan pelbagai acara disusun melibatkan aktiviti di darat mahupun di laut sepanjang pesta air berkenaan yang memaparkan budaya tradisi masyarakat suku kaum Bajau di Semporna.

“Penyanyi terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dijangka akan hadir pada kali ini sebab itu kita jangkakan sambutan pada kali ini akan meriah selain banyak aktiviti dan jualan gerai diadakan,” katanya lagi.

Terdahulu beliau yang juga wakil rakyat Sulabayan berkata pesta berkenaan bukan sahaja menjana pendapatan peniaga berskala besar seperti hotel tetapi juga peniaga kecil-kecilan akan turut mendapat tempias.

Dalam hal sama Jaujan mengingatkan kepada semua masyarakat yang hadir sepanjang pesta berkenaan agar sentiasa mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk mematuhi peraturan lalu lintas.

   
Email Print
   
 
 
E-browse