Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin

Polis-1_28_
DIRAMPAS.... Senjata api buatan sendiri yang dirampas.

18th April, 2019

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas dua laras senapang angin buatan sendiri di Kg. Serudong Baru, pada 15 April lepas dalam tugas Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di sekitar daerah Tawau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt. Nor Azizulkifli Mansor berkata, lelaki berusia antara 28 hingga 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tawau.

Menurutnya, bertindak atas maklumat orang awam, ketika polis menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan Kg Serudong Baru, mereka telah terserempak dengan dua lelaki mencurigakan berada di bawah sebuah rumah.

“Polis memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan dengan hasil pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai sebarang benda yang salah.

“Kemudian pemeriksaan lanjut dijalankan dan polis menjumpai dua laras senapang angin buatan sendiri yang disimpan di dalam stor rumah berkenaan,”katanya.

Nor Azizulkifli berkata hasil siasatan awal, lelaki itu memberi alasan menggunakan senjata itu untuk menembak musuh tanaman seperti tupai.

Bagaimanapun alasan itu tidak boleh diterima kerana memiliki dan membuat senjata seperti ini adalah menyalahi undang-undang.

Jelasnya, senjata yang menggunakan ‘ball bearing’ atau ‘biji guli’ sebagai peluru itu cukup berbahaya bukan sahaja kepada orang lain di sekitarnya, malah juga kepada penggunanya.

Senapang itu katanya, menggunakan kuasa angin, dihasilkan dengan menggabungkan bahan-bahan tertentu termasuk balang alat pemadam api kecil yang dilengkapi tabung angin dan ‘spirits’ (penyambar api).

“Ia adalah senjata berbahaya yang memerlukan pemiliknya mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum boleh memiliki dan menggunakannya,” katanya lagi.

Tambahnya hasil ujian air kencing terhadap kedua-dua lelaki tersebut menunjukkan positif dadah jenis Methampethamine.

Suspek telah ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk disiasat mengikut Sekyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

   
Email Print
   
 
 
E-browse