Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon

180419-lead-5
KENANGAN .… Para peserta terdiri pegawai dan anggota PGA yang tamat menjalani Kursus Asas Tiger Platoon siri 4/2019 Briged Sabah serta para tetamu jemputan kehormat yang hadir bergambar kenangan Acryl Sani (baris depan, empat dari kiri).

18th April, 2019

Oleh MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata setiap Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di negara ini kecuali Batalion 19, akan dilengkapkan dengan satu Unit Tiger Platoon.

Beliau berkata, pewujudan unit Tiger Platoon di setiap batalion itu adalah bertujuan untuk memperkasakan peranan dan tanggungjawab PGA selari dengan trend ancaman keselamatan yang dihadapi negara ketika ini.

“Unit Tiger Platoon ini adalah unit yang dilatih khas oleh pasukan gerak khas daripada Skuadron VAT69 serta Unit Tindak Khas (UTK) dan gabungan kedua-dua pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini membawa kepada satu silibus yang akan memastikan PGA akan sentiasa bersiap sedia berhadapan sebarang cabaran, ancaman pada bila-bila masa.

“Misalnya ancaman di perairan Sabah khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) berkaitan jenayah rentas sempadan merangkumi penyeludupan, penyusupan termasuk kemasukan perkara yang boleh mengancam kepada keharmonian penduduk di Sabah dan amnya Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Penutupan Kursus Asas Tiger Platoon siri 4/2019 Briged Sabah serta Pelancaran Logo Tiger Platoon PGA di Batalion 17 PGA, dekat sini, semalam.

Pada majlis tersebut, menyaksikan seramai 37 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota PGA telah tamat menjalani Kursus Asas Tiger Platoon Siri 4/2019 Briged Sabah di Batalion 17 PGA Lahad Datu.

Sementara itu, menurut Acryl Sani, untuk perancangan masa hadapan dan memastikan PGA sentiasa kekal relevan, konsep latihan serta penugasan Unit Tiger Platoon akan diperluaskan kepada platun-platun infantri PGA supaya keseluruhan infantri PGA menjadi terlatih seperti unit tersebut.

“Tiger Platoon merupakan platun tempur khas PGA yang keanggotaannya dipilih dalam kalangan pegawai dan anggota regular infantri Batalion Briged PGA.

“Kesemua mereka yang terpilih itu dilatih dengan kemahiran peperangan khusus serta multi-tasking bagi menangani ancaman keganasan dan insurgency sekali gus mengekang aktiviti jenayah era globalisasi yang merentas sempadan,” katanya lagi.

Turut hadir pada majlis itu Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk DCP Hazani Ghazali dan Komander Briged Sabah PGA, Datuk Zanuddian Hj. Samsu Hadi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse