Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya

180419-jamil-4
CENDERAHATI .... Mohd Jamil (tengah) menerima cenderahati daripada pihak SMK Muhibbah Sandakan.

18th April, 2019

SANDAKAN: Program Career & Education Fair 2019 beri matlamat dedahkan pengetahuan merancang kerjaya masa depan agar pelajar lebih bermotivasi dalam mengejar cita-cita.

Pegawai Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Mohd Jamil Mohd Hassan berkata perkara lebih penting melalui program itu adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar sekolah untuk mengenali program-program akademik yang ditawarkan oleh univerisiti awam dan universiti swasta serta agensi-agensi yang terlibat dengan lebih dekat lagi.

Jelasnya, program itu juga amat penting dalam memberi pengetahuan kepada pelajar tentang peluang melanjutkan pelajaran ke universiti awam dan universiiti swasta, seterusnya merancang kerjaya masa depan yang ingin dicerburi.

“Saya amat berharap para pelajar yang datang ke pameran ini dapat menggunakan peluang yang sedia ada untuk bertanyakan apa-apa jua bentuk soalan, misalnya, cara-cara mengisi borang permohonan ke universiti awam dan universiti swasta, proses pinjaman pendidikan iaitu melalui tabung PTPTN, bidang kursus yang ditawarkan dan peluang-peluang pekerjaan serta industri yang layak dipohon setelah tamat belajar hinggalah kepada subjek-subjek yang yang ditawarkan sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti nanti”, katanya Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Career & Education Fair 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Sandakan pada Rabu.

Dalam pada itu, Jamil berkata kini senario segelintir pelajar lepasan SPM atau STPM yang cenderung memilih sesuatu kursus di sesebuah universiti berdasarkan populariti kursus tersebut, terpengaruh dengan rakan-rakan yang lain, tidak tahu memilih kursus yang sesuai dengan kelayakan akademik mereka ataupun kerana dorongan serta paksaan oleh pihak-pihak yang tertentu.

“Para pelajar harus memikirkan, adakah kursus yang dipohon kelak menawarkan bidang kerja yang relevan dengan masa depan selepas mereka tamat pengajian kelak? Kegagalan memilih kursus menyebabkan pelajar sukar mendapatkan pekerjaan kelak…

Tambahnya, menurut laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya berpendidikan setakat kelayakan SPM yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Dimana, hasrat kerajaan yang mahu rakyat mendapat pendapatan lebih baik sekali gus kehidupan yang jauh lebih baik akan dapat dinikmati.

Oleh itu, katanya adalah menjadi cabaran kepada setiap pihak khususnya ibu bapa, warga pendidikan dan masyarakat amnya untuk memastikan anak-anak bukan sekadar berpuas hati dengan memiliki kelulusan SPM, malah perlu berusaha mencipta kejayaan dengan menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi dan menggenggam segulung ijazah.

“Hal ini dikatakan demikian kerana era kini menuntut kita berlumba-lumba dan bersaing demi mengejar kecemerlangan dan memiliki kerjaya berdasarkan minat dan kecenderungan mereka…

Justeru itu, beliau berharap semua pelajar dapat mengambil peluang sebaik mungkin dan mendapat input yang berguna dalam program ini. -Oleh: ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse