Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

AmBank jalin usaha sama dengan UMS untuk bolehkan pembayaran JomPAY

18th April, 2019

KUALA LUMPUR: AmBank Group menjalin usaha sama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membolehkan pelajar dan petugas membuat pembayaran secara mudah, selesa dan terjamin menerusi penyedia perkhidmatan pembayaran secara dalam talian, JomPAY.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia (PayNet) Peter Schiesser berkata pada masa ini lebih 70 peratus universiti di Malaysia membenarkan pelajarnya membayar yuran menerusi JomPAY.

“Kami gembira UMS memutuskan untuk menerima pembayaran menerusi JomPAY. Di JomPAY, UMS hanya perlu disambungkan dengan satu bank untuk mengutip pembayaran daripada 40 bank di Malaysia,” katanya.

PayNet ialah operator JomPAY, perkhidmatan pembayaran bil dalam talian terbesar Malaysia, dengan lebih 4, 600 kod pengebil.

Pengarah Urusan Perbankan Borong AmBank Group Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz pula berkata usaha sama itu membolehkan bank menyediakan keselesaan, akses dan fleksibiliti bernilai tambah kepada pelajar dan petugas universiti untuk membuat pembayaran.

“Ini juga selari dengan usaha UMS untuk menjadi kampus tanpa tunai,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse