Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

Naik taraf Membakut, Bongawan sebagai daerah penuh: Mohd Arifin

18th April, 2019

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif meminta kerajaan untuk menaik taraf kawasan Mambakut dan Bongawan sebagai satu daerah penuh.

Beliau berkata kedua-dua kawasan berkenaan adalah jajaran Hab Pendidikan di negeri ini dan pelaksanaan untuk menjadikan kawasan berkenaan daerah penuh perlu dipercepatkan.

“Tanah untuk mendirikan Pejabat Daerah sudah ada dan ia telah diumumkan oleh kerajaan lepas (kerajaan Barisan Nasional)…kini kita hanya mahu pelaksanaannya,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah kelmarin.

Beliau berkata Mambakut kini adalah berstatus daerah kecil manakala Bongawan belum mempunyai apa-apa status.

“Oleh itu kita mahu kawasan Dewan Undangan Negeri Mambakut dan Bongawan digabungkan menjadi satu daerah penuh dan pusat pentadbiran akan dicadangkan dibina di berhampiran kedua-dua kawasan berkenaan.

Mohd Afifin juga mencadangkan agar perpustakaan Islam Negeri Sabah yang terletak di Masjid Negeri yang kini hampir siap itu akan menempatkan tesis PhD daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Saya sudah berjumpa dengan pengarah universiti berkenaan di Mesir dua tahun lepas dan dia telah bersetuju untuk memberikan salinan tesis dari tahun awal 1900. Ia amat penting untuk rujukan di peringkat nusantara,” katanya.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan negeri menjadikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai dasar perundangan dan sebagainya di negeri ini.

Persidangan dewan bersambung hari ini. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse