Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
UMS nosili univositi kumoiso id Malaysia minonuridong C4D |  152 i kitoluo nokotoimo usin raya id hamin pongusapan |  Atag manaak pambalazan kumaa mongingia mongoput balajalan |  Dua pemancing berpaut pada tong kosong selama dua jam di laut |  77 pelajar Pascasiswazah UMS terima bantuan pengajian |  UMS universiti pertama di M'sia tubuh C4D |  Tun M: Rajin, amanah, berdisiplin perlu jadi budaya untuk berjaya |  S P Setia to launch RM6.47 bln projects |  Sharp, Eduspec to equip schools with smarter tools |  Celebrity chef encourages fans to donate to Rumah Bakti Harapan |  First international challenge for cyclists |  Duo to make debut |  100 Christian students for Christian leadership camp |  No Special Branch officers ban at press conferences – CM |  More than 9,000 prohibited products seized | 
 BM

Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius

180419-caption-1

18th April, 2019

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Jaujan Sambakong berkata masalah rumah yang tidak terjual di Sabah tidak serius berdasarkan rekod yang diperolehi sejak enam tahun lepas. Beliau berkata setakat ini sejak enam tahun lepas sebanyak 10,769 unit rumah tidak terjual dengan purata 1,795 unit setahun.

“Kementerian saya sentiasa menyokong dan menggalakkan usaha untuk menangani masalah unit-unit rumah tidak terjual dalam pasaran hartanah di Sabah agar ia tidak menjadi serius.

Kementerian juga bekerjasama dengan Kementerian Kewangan Persekutuan untuk melaksanakan Kempen Pemilikan Rumah di mana kempen ini merupakan inisiatif bagi merancakkan lagi industri hartanah bagi mengatasi masalah rumah tidak terjual yang dihadapi pemaju,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Matbali Musah (Bersatu-Lumadan) yang bertanya apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah rumah tidak terjual dalam pasaran hartanah di Sabah.

Mengulas lanjut, Jaujan berkata Kempen Pemilikan Rumah berkenaan telah dimulakan pada 1 Januari lepas dan pemaju yang terlibat akan memberikan potongan harga rumah sebanyak 10 peratus dan pihak kerajaan pula menawarkan pengecualian ke atas duti setem bagi perjanjian jual beli.

“Selain itu kerajaan juga telah memperkenalkan Skim FundMyHome iaitu konsep di mana rakyat boleh mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli rumah melalui kaedah pinjaman terbuka antara setara.

“Di bawah skim ini pembeli perlu membayar 20 peratus tunai untuk membeli rumah tersebut manakala bakinya akan dibayar oleh pembiaya dan setelah lima tahun menginap rumah berkenaan pembeli mempunyai pilihan sama ada untuk terus tinggal dan beli rumah berkenaan atau menjual rumah berkenaan,” tambahnya.

Jaujan berkata kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan skim sewa beli untuk menangani masalah rumah tidak terjual.

“Skim ini adalah program Sewa Milik Kediaman iaitu pemaju akan menawarkan kepada pembeli untuk menyewa unit rumah tersebut bagi tempoh yang ditentukan oleh pemaju,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse