Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 Leisure

Keewon siap single lagu sentuhan Ateng

26th March, 2019

OLEH RAPHIEL PINUS

UNDUK Ngadau Kaamatan Negeri 2018, Hosiani James Jaimis bersyukur kerana sesi rakaman vokal untuk single terbarunya telah pun selesai.

Selebriti media sosial itu yang lebih dikenali sebagai Keewon baru sahaja selesai sesi rakaman vokal untuk lagu barunya bertajuk ‘Magandad Dika’ (Menanti Mu) di Pusakag Studio minggu lalu.

Jika sebelum ini, Keewon pernah merakamkan lagu yang menjadi runut bunyi filem ‘Tangisan Akinabalu’ bertajuk ‘Bisikan Cinta Akinabalu’ ciptaan Iswow, kini gadis jelita ini diberi kepercayaan untuk membawakan lagu dalam bahasa ibundanya , Dusun.

Lagu dan lirik ‘Magandad Dika’ merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi kelahiran Kampung Molisau Tenghilan, Ateng.

“Magandad Dika’ mengisahkan mengenai sebuah percintaan yang berakhir dengan perpisahan namun pada masa sama, si wanita masih menaruh harapan dan memberikan bekas kekasihnya peluang kedua,” jelas gadis kelahiran Tambunan ini.

“Terima kasih kepada Ateng atas peluang menyanyikan lagunya, juga kepada GingKaras kerana sudi menerbitkan single Keewon ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Keewon dan Ateng sebelum ini merupakan rakan sekerja di GingKaras dan idea tersebut tercetus ketika mereka masih di situ.

Jika diikutkan, sesi rakaman awal sebenarnya telah pun dibuat di studio mini GingKaras, bagaimanapun dirakam semula dengan Pusakag Studio, demi mencapai kualiti diingini.

Beberapa bakat lain yang telah merakamkan lagu hasil karya Ateng di GingKaras ialah Mayon (Seketika Ini), Roy Simon (Apa Khabar Hutangmu) dan Carls Evert Sayun (Masih Terasa).

Sesi rakaman di Pusakag Studio baru-baru ini dibantu sendiri oleh komposer, pemuzik dan pemiliknya Douglas Henry, turut dihadiri oleh Ateng.

Menurut Keewon, sekarang ini dia juga sedang sibuk dengan beberapa program bersama KDCA bagi menghabiskan tempoh terakhirnya sebagai Unduk Ngadau sebelum perayaan Pesta Kaamatan 2019 yang pastinya akan menyaksikan kemunculan pemenang terbaru tahun ini.

“Keewon juga masih belajar vokal bersama sir Adsone Matthew di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama rakan-rakan GingKaras,” katanya.

Selain itu, dia juga berjinak-jinak dalam bidang perniagaan aksesori kecantikan dengan membuat jenamanya sendiri seperti Keewonlashes menerusi ruang niaganya yang kini terkenal di laman sosial Instagram iaitu ‘Keewonshop’.

Gadis yang sangat fasih berbahasa Dusun ini turut mencuba untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang tata rias dengan membuka kelas mekapnya sendiri kepada individu yang berminat.

“Setakat ini, Keewon sudah berjaya membuat beberapa sesi kelas mekap, walaupun kapasiti kelas ini agak terhad tapi syukurlah sambutannya sangat baik.

“Terima kasih tidak terhingga semua peserta yang sudi menyokong Keewon, dengan harapan ilmu yang Keewon kongsikan itu kelak dapat membantu mereka terutamanya untuk persediaan Pesta Kaamatan nanti,” ujarnya.

Selebriti yang seringkali diundang menjadi pengacara majlis ini secara merendah diri mengakui masih banyak perlu dipelajari, malah sering menjadikan media sosialnya di Instagram sebagai ruang untuk saling bertukar-tukar pendapat bersama pengikutnya yang kini mencecah jumlah lebih 87 ribu.

Dalam lakonan pula, telah terbukti ia berjaya memberi impak kepada ribuan penonton ketika membintangi teater muzikal ‘Solungkoi: Jambatan Tamparuli’ yang dipentaskan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada tahun lepas.

Antara lain yang terlibat dalam pementasan tersebut termasuklah selebriti media sosial kelahiran Australia, Dane Kovacs (Orang Putih Kita), Jayfrejoe Japrin dan Sakinah Vs Ondu.

Namun bakat Keewon dalam bidang nyanyian sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila sering kali dijemput memenuhi undangan menyanyi di majlis-majlis anjuran kerajaan mahu pun swasta.

Terbaru, Keewon dan dua lagi rakannya di GingKaras, iaitu Carls Evert dan Joe Japrin bakal membuat penampilan khas sempena majlis ‘A Celebration Of Voices’ di Dewan Resital UMS pada 30 Mac ini bermula jam 8 malam.

Kita ucapkan selamat berjaya kepada Keewon, semoga dia akan terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasa dipermudahkan segala urusan dalam kehidupannya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse