Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 ECO

UMS, YL4S ganding bahu capai ‘Zero Plastic Heroes’

26th March, 2019

KOTA KINBALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Pengurusan EcoCampus bersama-sama Young Leaders For Sustainability (YL4S) Group telah menganjurkan bersama Program ‘No Trash In Stash (NTrIS) 4.0 Programme 2019: Zero Plastic Heroes’ baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Bilik Seminar Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) UMS dan Pantai ODEC UMS antara lain adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang pencemaran plastik dan kesannya terhadap keharmonian alam sekitar, sosial dan ekonomi persekitaran.

Program ini juga untuk memberikan motivasi kepada kumpulan sasaran, iaitu para pengusaha kafeteria dan gerai makanan di UMS untuk terlibat secara langsung dalam iltizam UMS menuju ke arah ‘kampus sisa sifar’ seperti yang telah diumumkan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam amanat beliau pada 15 Mac lalu.

Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus UMS, Kueh Boon Hee @ Kelvin berkata, penganjuran program tersebut adalah selari dengan Agenda EcoCampus yang diangkat oleh UMS sejak Februari 2013 dengan berpaksikan lima nilai teras dan enam elemen utama berkisarkan hasrat untuk menjadikan UMS sebagai rujukan serantau dan sedunia dalam pengawasan alam sekitar melalui kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pembangunan infrastruktur, pengurusan, amalan operasi dan pengalaman kampus.

“Agenda EcoCampus dilaksanakan bukan hanya untuk para siswa-siswi dan kakitangan UMS, malahan turut ditujukan kepada para pemegang taruh termasuklah para pengusaha kafeteria dan gerai makanan kita.

“Pengalaman kampus dan gaya hidup hijau berteraskan EcoCampus mampu memberikan kelebihan dalam jangka masa panjang melalui pengurangan pencemaran dan mewujudkan alam sekitar yang lestari, manakala manfaat dalam jangka masa pendek pula membolehkan peningkatan hasil pendapatan dalam perniagaan melalui tarikan terhadap amalan hijau serta aspek kelestarian alam sekitar yang ditonjolkan oleh para pengusaha kafeteria dan gerai makanan,” katanya.

Tambah beliau, satu kajian kes terhadap satu rangkaian restoran di Bangkok yang telah memperkenalkan penggunaan batang kangkung sebagai penyedut minuman pada tahun lalu telah menjadi sensasi dan mempopularkan restoran tersebut.

Sementara itu, salah seorang ahli YL4S yang merupakan Ketua Projek ‘No Plastic Straw Campus Action Agenda’, Imelda Geoffrey berpendapat penggunaan penyedut minuman plastik dalam kehidupan seharian sebenarnya tidak diperlukan.

“Secara kontrasnya, kita tidak menggunakan penyedut minuman untuk minum di rumah.

“Bahan plastik hampir bersifat ‘abadi’ kerana mudah terurai dan membentuk plastik mikro atau nano yang sudah pun terbukti secara saintifik telah memasuki ikan yang dimakan di lautan, garam, air minuman dan tubuh badan manusia, dan kita harus melakukan tindakan sewajarnya bagi membendung perkara ini daripada terus melarat,” ujar beliau.

Pada program tersebut, turut berlangsung aktiviti demonstrasi pembersihan pantai selama 30 minit yang menyaksikan sejumlah 41.8 kg sampah sarap berjaya dikumpulkan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse