Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka hari ini

26th March, 2019

KOTA KINABALU: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 akan dibuka mulai hari ini sehingga 25 April depan, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

Sehubungan itu, Dr Yusof meminta pelajar berasal dari Sabah yang mendapat keputusan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan agar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan biasiswa berkenaan.

“Semua permohonan BKNS boleh dilakukan secara atas talian melalui di www.biasiswa. sabah.gov.my dan setiap pemohon mestilah mempunyai email peribadi masing-masing yang masih aktif,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata permohonan biasiswa berkenaan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta pelajar diperingkat Sijil Tinggi Amaga Malaysia (STAM), diploma dan Matrikulasi .

“Kelayakan pemohon bagi SPM ialah 7A Keatas dan STPM pula Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.3 yang diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan.

“Manakala kelayakaan keputusan di peringkat Matrikulasi dan diploma pula adalah CGPA 3.5 keatas dan bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperoleh sekurang- kurangnya CGPA 3.8 di peringkat peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi dan tawaran biasiswa hanya di Instiut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja,” katanya.

Beliau berkata tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 10A+ dalam SPM dan CGPA 4.0 dalam STPM diberi keutamaan untuk mendapatkan biasiawa berkenaan.

“Saya difahamkan seramai 148 pelajar mendapat 10A+ keatas dalam SPM dan 61 pelajar mendapat CGPA 4.0 di Sabah yang dikeluarkan baru- baru ini dan saya berharap kesemua pelajar berkenaan memohon untuk mendapatkan biasiswa ini,” katanya.

Dr Yusof berkata pelajar boleh membuat permohonan biasiswa berkenaan walaupun belum mendapat tawaran ke IPT kerana kementeriannya akan membantu pemohon berkenaan untuk mendapatkan kursus yang bersesuaian dan diperlukan industri pada masa kini.

“Antara kursus yang ditetapkan adalah dalam bidang Seni Bina, Kejuruteraan, Juruukur Bahan, Perhutanan, Komunikasi, Sains Alam Sekitar, Pengurusan Hartanah, Pentadbiran Perniagaan, Perakunan, Pergigian, Sains Komputer, Undang-Undang, Perubatan Veterinar, dan Sains Bioteknologi,” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan para ibu bapa dan pelajar agar memilih kursus yang diperlukan industri pada masa kini sekiranya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah.

“Kita tidak mahu para pelajar memilih kursus yang tidak popular kerana akhirnya mereka sendiri yang rugi kerana tidak mendapat pekerjaan, sekali gus meningkatkan jumlah penganggur di negeri ini,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse