Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

15 suspek berjaya ditahan AADK Keningau dalam Ops Cegah

26th March, 2019

OLEH RIZALMI LIMAN

KENINGAU: Seramai 15 orang suspek berjaya ditahan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau dalam beberapa serbuan Ops Cegah yang dijalankan di sekitar daerah ini pada malam Ahad.

Menurut Ketua Operasi, Azry Golbin @ Azmi kesemua yang ditahan adalah berumur dalam lingkungan 16 hingga 39 tahun ketika ditahan.

Katanya, antara yang ditahan termasuklah tiga suspek lelaki yang kini masih menjalani Pengawasan Pihak AADK Keningau bagi tempoh tiga tahun.

“Ketiga-tiga mereka bakal berhadapan dengan pendakwaan hukuman langgar syarat pengawasan yang bakal melibatkan hukuman penjara selama tiga tahun beserta dengan tiga sebatan rotan jika sabit kesalahan.

“Dalam pada itu, operasi yang berlangsung selama lebih kurang tiga jam berkenaan turut berjaya menahan dua orang suspek wanita yang turut positif ujian saringan dadah jenis Methamphetamine atau pun syabu,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini kelmarin.

Katanya, tangkapan kes dadah yang melibatkan golongan wanita turut menunjukkan trend peningkatan yang ketara iaitu seramai 10 orang sehingga kini berbanding hanya dua orang dalam jangka masa yang sama pada tahun lepas.

“Daripada angka yang dinyatakan ini, adalah menjadi suatu kebimbangan dan senario ini memperlihatkan bahawa golongan wanita adalah antara sasaran utama para pengedar dadah di daerah ini,” jelasnya.

Dalam Ops Cegah pada kali ini, Azry turut memberitahu bahawa antara suspek yang ditahan turut melibatkan pesalah juvana iaitu seramai empat kanak-kanak yang baru menjangkau usia semuda 16 tahun.

Sehubungan itu, pihaknya memohon agar semua pihak terus melaporkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dan penagihan dadah melalui Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau di talian 087-339886 bagi mengelakkan permasalahan dadah ini semakin berleluasa di daerah kita.

Kesemua yang ditahan Akan disiasat dibawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah, Rawatan & Pemulihan 1983 kerana di syaki sebagai penagih dadah.

Manakala katanya, empat kes kanak-kanak bawah umur akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Keningau bagi tujuan penentuan syor yang berkenaan oleh Pegawai Akhlak menerusi jabatan berkenaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse