Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 EDUCATION

Pendidikan Vokasional mampu bentuk pelajar kreatif dan inovatif

25th March, 2019

KENINGAU: Pendidikan Vokasional mampu membentuk pelajar yang kreatif dan inovatif sesuai dengan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerjaya.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Haji Abdul Rahman Md Yakub berkata, pendidikan di Malaysia kini menuju ke arah transformasi untuk memperkasa pendidikan vokasional.

Katanya, selain menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga berusaha mengubah persepsi umum berkaitan pendidikan vokasional sebagai pilihan pendidikan kelas kedua kepada pilihan utama.

“Bagi mencapai hasrat tersebut, antara usaha KPM melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah telah menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional dengan menawarkan Diploma Vokasional Malaysia.

“Dengan usaha ini akan mampu melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berkemahiran yang mampu memenuhi pasaran pekerjaan, serta dengan usaha ini akan tercapailah hasrat menjadikan pendidikan di negara kita sebagai bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan The Orange Ceremony Kali Kelima Tahun 2019, di Dewan Visi Kolej Vokasional Keningau, di sini baru-baru ini.

Beliau turut menyeru agar pelajar terus berusaha dengan lebih gigih lagi dalam memburu kejayaan serta mempersiapkan diri dengan kemahiran agar mampu bersaing dengan pelajar lain khususnya jika berpeluang memasuki ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, ataupun di alam pekerjaan nanti.

Selain itu katanya, semua pihak harus bersatu termasuk para pensyarah, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat untuk bersama-sama bertanggungjawab dalam membina, membentuk dan mendidik diri pelajar menjadi insan yang berbudaya positif menuju ke arah kecemerlangan,” jelasnya.

Hadir sama Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin. OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse