Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

Fungsi dan peranan anggota RELA semakin mencabar, kata Abidin

25th March, 2019

RANAU: Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata, peranan dan fungsi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini, semakin mencabar, bukan sahaja menjadi ‘Mata Dan Telinga Kerajaan’ malah pelapis pasukan keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan tentera bagi menentukan keharmonian, keamanan masyarakat dan keselamatan negara.

Justeru itu katanya, para anggota RELA harus bersedia berkhidmat bila-bila masa diperlukan sama ada menjaga keselamatan awam dan harta benda ketika berlaku bencana alam, menyertai projek gotong-royong atau memberi perkhidmatan secara sukarela dalam sesuatu majlis komuniti.

“Disamping siap siaga berkhidmat perlu menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu dari masa ke semasa menjaga keselamatan awam.

“Setiap individu perlu memantapkan disiplin diri yang tinggi dan mematuhi arahan pihak kerajaan dan agensinya untuk berkhidmat secara telus, jujur dan ikhlas,” tegasnya.

Abidin yang juga mantan mayor Bandaraya Kota Kinabalu menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama RELA dan Masyarakat sempena perasmian Kursus Pengenalan Rela Platun 0515 Kg. Kinaratuan Mukim Rela Lohan, di Dewan Mini Kg. Kinaratuan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir bersama lebih 70 anggota Rela ialah Pegawai Operasi Dan kemasyarakatan RELA Sabah, Hajah Noraizam Binti Haji Daud mewakili Pengarah Negeri Sabah, Pengarah RELA Daerah Ranau, PPGR Ag. Damit Bin PG. Yusof, Ahli Bersekutu RELA Ranau, Dato’ Razaligh Wainsing dan Ketua Platun RELA Lohan, Lubin Saluji.

Menyentuh program itu, Abidin memuji inisiatif Jawatankuasa penganjur khususnya Platun RELA Mukim lohan kerana berjaya menganjurkan program tersebut dengan lancar, teratur dan mencapai objektifnya.

“Kursus pengenalan Rela seperti ini adalah amat penting memantapkan ilmu dalam bidang tugas Rela khususnya kepada anggota yang baharu.

Beliau berharap peserta program ini, dapat menimba sebanyak mungkin ilmu untuk diaplikasikan dalam tugas masing-masing,” tambah Abidin yang ketibaannya telah disambut meriah dengan paluan gong oleh penduduk dan persembahan pancak silat daripada anggota Rela.

Sementara acara-acara yang telah dijalankan sepanjang dua hari program itu, termasuklah latihan fizikal dan Khidmat Bakti RELA, taklimat insurans Rela dan kelebihan menjadi anggota Rela, tayangan Video Koprat Rela, taklimat sejarah penubuhan Rela, akta Rela dan Kawad Kaki serta disiplin (etika) anggota Rela.

   
Email Print
   
 
 
E-browse