Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

Polis KK tahan 55 individu atas pelbagai kesalahan dadah

25th March, 2019

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu menahan 55 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar bandar raya itu termasuk Likas, Sembulan dan Tanjung Aru dalam tempoh seminggu bermula 15 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji dalam kenyataan hari ini berkata kesemua suspek berumur 15 hingga 54 tahun yang ditahan itu turut merangkumi tujuh warga asing.

“Seramai tujuh individu ditangkap atas kesalahan memiliki dadah manakala 48 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan,” katanya.

Habibi berkata polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 272.45 gram yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier di sebuah pejabat pos selain merampas 2.35 gram syabu, dengan rampasan dianggarkan bernilai RM11,200.

Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat, katanya. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse