Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Aiso po luputan 10 monginsada sinazangan: ESSCom |  3,000 mogiigizon Kg. Piasau, kaanu kaganapan vaig mantad sistom siibo tana |  Duvo miobpinai vookon 11 di tinaan AADK |  PIBG Binsulok rayu Kementerian Pendidikan bina bangunan sekolah baharu |  Pembinaan bangunan baharu SMK Libaran beri kemudahan pembelajaran lebih selesa: Zakaria |  Akademik, sahsiah perlu diseimbangkan: Jaffari |  Kebakaran: Kerajaan kaji mekanisme ke arah rancang semula pembangunan kawasan kampung |  Dua pasangan adik beradik antara 11 suspek penagih dadah ditahan |  3,000 penduduk Piasau KB, bakal nikmati bekalan air dari sumber bawah tanah |  Anggota TUDM terpaksa lupakan hasrat berhari raya demi tugas |  Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu |  Nelayan Bajau Laut diculik di perairan Lahad Datu |  Ssamjeang Pizza makes dramatic debut in Sabah |  State govt aims 1,000 entrepreneurs by 2030 |  Setup business plan, entrepreneurs told | 
 BM

Tiga pilihan kepada mangsa kebakaran di Kg Air Sandakan: Liew

250319-liew-2b
INGIN TAHU ... Liew (empat, kanan) berkongsi cerita salah seorang mangsa kebakaran ketika melawat tapak kebakaran di kampung itu.

25th March, 2019

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong berpendapat tiga pilihan untuk berpindah yang boleh dibuat oleh mangsa- mangsa kebakaran di Kampung Air, Jalan Bokara.

Antaranya sama ada menumpang sementara waktu bersama keluarga, menyewa mana-mana rumah bersesuaian atau tinggal di tapak penempatan sementara yang sedia ada terletak di Kampung Gas, dekat sini.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa- mangsa kebakaran yang pada ketika ini masih ditempatkan di Dewan Serbaguna, Kampung Air ‘terdapat tiga pilihan untuk para mangsa berpindah kerana maklumlah dewan berkenaan bukan saja sempit tetapi ia dihadkan untuk masa tertentu’.

Kata beliau, pihaknya akan membantu mereka dari segi keperluan sekiranya ada mangsa kebakaran yang akan berpindah sementara menunggu siapnya pembinaan rumah kos rendah seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada masa akan datang.

Jelasnya, pihak Pusat Perkhidmatan Rakyat Parlimen Batu Sapi khususnya dan Kerajaan Negeri amnya akan berusaha sedapa-upaya untuk membantu meringankan permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa kebakaran tersebut termasuklah soal mendapatkan lokasi penempatan sementara yang lebih selesa.

”Apa pun, saya berharap kepada semua mangsa kebakaran yang terlibat supaya dapat bersabar dan tabah menghadapi musibah ini apatah lagi pihak yang berwajib akan sentiasa memberikan perhatian soal kebajikan mereka atau apa saja.

”Di sini, saya amat bersyukur kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan jiwa, selain difahamkan bahawa hanya membabitkan seorang mangsa yang melecur ketika kejadian kebakaran berlaku,” ujarnya.

Difahamkan juga atas permintaan dan perbincangan Liew selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- Undang) bersama pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah bersetuju melanjutkan tempoh penempatan mangsa kebakaran Kampung Air bagi tempoh seminggu lagi di dewan berkenaan, yang menempatkan Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Terdahulu, lebih 300 mangsa kebakaran dari 42 keluarga yang telah terlibat dalam kejadian pada awal pagi 17 Mac lalu menerima sumbangan daripada Liew.

Beliau yang tiba di Dewan Serbaguna, Kampung Air berserta rombongan juga turut melapangkan masa mendengar dan meninjau perkembangan terkini para mangsa yang ditempatkan di dewan berkenaan sejak hampir seminggu yang lepas.

Antara sumbangan yang diagihkan adalah berbentuk keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya termasuk sumbangan berbentuk wang ringgit.

Hadir sama ialah Setiausaha Sulit kepada Menteri, Hanafiah Sahih Haji Montoi; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Yap Mah Cun dan Ketua Perhubungan, Adin Haji Ismail serta Ketua Kampung Air, Jaddil Aidil.

   
Email Print
   
 
 
E-browse