Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
50pc WATER CUT HITS 3,000 |  ‘Alice’ sparks debate over quick DVD releases |  Jessica Simpson investigates standards of beauty |  Belukar features Sabah and Labuan on the silver screen |  Share prices mixed at close with investors cautious |  15th Manufacturing Sabah Expo at Sabah Trade Centre |  Work begins on warehouse, plant at POIC Lahad Datu |  Ilagon kopomirubatan waig id timpu magadau |  100 tuung gas nagamu do PGA |  Vaig bavang id Panawan nokotun |  PONUTUDAN POINGUKAB AU TOOMOD PAKAVASAON |  Kontraktor baru mungkin dilantik siapkan selenggara jalan Sinar Jaya |  Bekalan air kepada 7,000 pengguna di Keningau masih cukup |  Semua pembakaran terbuka dihentikan sementara berkuatkuasa |  PGM Tawau rampas 100 tong gas cuba diseludup | 
 BM

Penduduk ragui keutuhan jambatan baru

3rd July, 2009
  • Penduduk Kg. Timbang Batu, Kota Marudu memohon kepada pihak yang berkaitan agar memantau keadaan jambatan gantung yang siap dibina sejak 20 April lepas.

Pengadu mendakwa bahawa kebanyakan penduduk agak risau dengan keselamatan mereka menggunakan jambatan tersebut berikutan kayu yang diguna sebagai tiang jambatan merupakan kayu jenis OT.

Menurutnya, mereka beranggapan jambatan baru tersebut tidak akan bertahan lama. Dan apa yang merisaukan mereka ialah salah satu daripada tiangnya dibina berdekatan dengan bekas tanah terhakis akibat banjir.

“Sebelum jambatan ini siap dibina, penduduk telah menyuarakan perkara ini (hakisan) kepada pihak-pihak yang berkaitan dan mereka memberi jaminan akan membina benteng bagi tujuan keselamatan. Malangnya, jambatan ini sudah siap dibina dan digunakan tetapi kami belum melihat benteng yang dijanjikan oleh pihak tersebut.

“Kami menerima seadanya pembinaan jambatan ini, malah sangat bersyukur kerana kerajaan memperuntukkan bajet bagi pembinaan jambatan yang sangat membantu hidup penduduk di sini. Namun perkara yang amat kami kesal ialah keadaan jambatan yang membuatkan penduduk ragu-ragu menggunakannya,” jelasnya.

“Baru-baru inipun, selepas hujan lebat kami mendapati terdapat kesan pergerakan di kawasan jangkar tiang jambatan. Hal ini menambahkan keriasauan kami,” adunya.

Katanya, kebanyakkan penduduk memilih untuk menggunakan jambatan lama yang masih belum dirobohkan.

“Kami akui jambatan ini lebih cantik daripada jambatan lama tetapi kami agak risau akan keselamatan pengguna lain seperti kanak-kanak. Mungkin ada yang beranggapan kalau jatuh pun, di sungai juga tetapi bagaimana jika kana-kanak yang jatuh tersebut tidak pandai berenang?” soalnya.

Tambahnya lagi, “hal ini memang belum berlaku… tetapi janganlah tunggu perkara buruk berlaku barulah ramai pihak turun padang. Sekarang ini kami cuma meminta semua pihak yang berkaitan termasuklah YB memantau keadaan jambatan ini samada ia (jambatan) selamat digunakan ataupun tidak”.

  • Sejak aduan dibuat pada 25 Jun lepas, ActionLine cuba menghubungi pejabat Daerah kota Marudu namun hingga kini masih gagal mendapatkan sebarang respon.

ActionLine cuma berharap agar mana-mana pihak yang berkaitan dalam hal ini dapat tampil memberi penjelasan bagi mengurangkan keraguan penduduk di Kg. Timbang Batu, kota Marudu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline