Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Influenza A (H1N1): Rakyat tidak perlu risau, kata Ewon

3rd July, 2009

RANAU: Rakyat dinasihatkan supaya tidak terlalu risau dengan wabak Inf-luenza A (H1N1) walaupun dikatakan telah dikesan menjangkiti beberapa rakyat negara ini kerana ia pada tahap kecil dan masih boleh dikawal.

Apa yang penting ialah menuruti nasihat pengamal perubatan supaya menjaga dan mengekalkan kebersihan diri setiap masa seperti membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas serta memastikan semua makanan dan minuman yang diambil adalah bersih.

Wabak ini merupakan sejenis penyakit bawaan daripada mereka yang telah dijang-kiti di luar negara dan ia tidaklah sewenang-wenang boleh berjangkit kepada orang ramai sekiranya tidak terdedah kepada mereka yang terbabit dengannya.

Tidak perlu terlalu risau kerana berbagai strategi telah dibuat bagi memantau kemungkinan penularan wabak ini termasuklah membuat pemeriksaan kesihatan kepada semua pelawat luar yang memasuki negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin berkata demikian ketika merasmikan majlis Pelancaran Pen-yusuan Susu Ibu dan sambutan Hari Ibu dan Jururawat peringkat Klinik Kesihatan mukim Paginatan di dewan mini kampung berkenaan baru-baru ini.

Katanya, walaupun ia tidak serius tetapi mereka yang mempunyai tanda-tanda kes seperti batuk, demam, sakit badan dan su-sah bernafas, dinasihatkan supaya segera meminta rawatan di pusat perubatan terdekat.

Majlis anjuran Persatuan Ibu dan Jururawat ini adalah bertujuan menyahut seruan kempen menjayakan program pen-yusuan susu ibu sedunia yang disambut setiap tahun pada tarikh 1 hingga 7 Ogos.

Menurut pengerusi penganjur Bibiana Bantol, polisi penyusuan susu ibu Malaysia menghendaki semua ibu supaya menyusui anak-anak mereka sejak dari lahir tanpa makanan pelengkap sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan penyusuan itu se-hingga berumur 2 tahun.

Sementara itu, Datuk Ewon turut menggesa para ibu supaya menyusukan anak-anak mereka sesuai dengan arahan para jururawat kerana ia bukan sahaja memberikan kesihatan yang baik tetapi dapat menjalin kasih sayang erat antara ibu dan anak.

Pada majlis yang dipenuhi dengan berbagai acara pertandingan sukaneka dan ceramah itu, Ewon turut meluluskan peruntukan RM5,500 kepada persatuan tersebut bagi melengkapi keperluan aktiviti berpersatuan mereka dimasa hadapan.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Sulit dan Perhubungan Awam Kementerian Dallius Ubin dan Japari Yadam, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Pius Bernard, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin setempat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline