Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

Anwar salah media, nafi DAP Kedah keluar pakatan pembangkang

3rd July, 2009

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

“Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya,” kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkangf.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Pada Rabu, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

“Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.

“Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecah-belahkan pakatan pembangkang,” katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline