Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

550 keluarga dapat manfaat agropolitan di Kota Belud

3rd July, 2009

KOTA BELUD: Seramai 550 orang ketua keluarga di daerah Kota Belud akan mendapat manfaat daripada projek agropolitan yang menelan belanja RM70 juta ringgit yang bermula 0gos ini, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Musbah Jamli.

Katanya agropolitan itu berasaskan lembu tenusu seluas 328 hektar di Pintasan, lembu daging di Kampung Rosok (180 hektar) manakala getah di kampung yang sama seluas 800 hektar.

“Projek yang didokong oleh kerajaan Persekutuan ini merupakan projek perintis terbesar di Sabah. Diharapkan golongan petani di Kota Belud dapat bersedia membuka minda untuk memanfaatkan program ini untuk menjadikan sektor pertanian sebagai pendapatan utama,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Selain itu, Musbah berkata kementerian itu juga sedang giat merangka strategi bagi merealisasikan projek berkenaan yang antara lainnya menawarkan kursus menternak lembu tenusu, memproses daging dan memproses baja kompas.

Beliau berkata fasa pertama jelapang padi hampir siap melaksanakan pembinaan perparitan dan jalan sawah bagi melicinkan kerja pembajakan dan penuaian.

“Banyak manfaat diperolehi jika kerja pertanian ini dapat dilaksanakan.

Umpamanya, jerami padi boleh diproses untuk dijadikan makanan lembu.

“Semuanya ini diusahakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, selaras dengan slogan satu Malaysia, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline