Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Aiso po luputan 10 monginsada sinazangan: ESSCom |  3,000 mogiigizon Kg. Piasau, kaanu kaganapan vaig mantad sistom siibo tana |  Duvo miobpinai vookon 11 di tinaan AADK |  PIBG Binsulok rayu Kementerian Pendidikan bina bangunan sekolah baharu |  Pembinaan bangunan baharu SMK Libaran beri kemudahan pembelajaran lebih selesa: Zakaria |  Akademik, sahsiah perlu diseimbangkan: Jaffari |  Kebakaran: Kerajaan kaji mekanisme ke arah rancang semula pembangunan kawasan kampung |  Dua pasangan adik beradik antara 11 suspek penagih dadah ditahan |  3,000 penduduk Piasau KB, bakal nikmati bekalan air dari sumber bawah tanah |  Anggota TUDM terpaksa lupakan hasrat berhari raya demi tugas |  Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu |  Nelayan Bajau Laut diculik di perairan Lahad Datu |  Ssamjeang Pizza makes dramatic debut in Sabah |  State govt aims 1,000 entrepreneurs by 2030 |  Setup business plan, entrepreneurs told | 
 Leisure

SNB 2.0 Pertisa raikan artis tempatan pelbagai etnik

22nd March, 2019

OLEH JOANES R. JOHNNY

SATURDAY Night Blues 2.0 anjuran Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) baru-baru ini adalah untuk meraikan artis tempatan dari pelbagai etnik atas sumbangan mereka dalam mengembangkan bahasa ibunda mereka menerusi lagu-lagu mereka.

Menurut Presidennya LP Raphiel Pinus, Pertisa amat berbangga dan menghormati sumbangan para seniman tempatan yang datang bukan hanya sebagai penghibur tetapi juga sebagai duta dari kelompok etnik masing-masing, terutamanya dalam aspek mempromosikan budaya setempat.

“Walaupun kita mempunyai latar belakang berbeza dari segi bahasa, etnik dan agama, Pertisa telah berjaya menunjukkan bahawa seni itu dapat menyatukan artis-artis tempatan,” katanya.

LP Raphiel berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Apresiasi Pertisa Saturday Nite Blues (SNB) 2.0 yang diadakan di sebuah restoran makanan laut terkenal di Jalan Sulaman dekat Tuaran, baru-baru ini.

Beliau menegaskan, adalah menjadi kebanggaan PERTISA untuk memberi penghargaan tersebut dengan harapan dan fokus ke satu arah iaitu kesatuan artis tanpa mengira siapa pun mereka.

“Kita mungkin mempunyai gaya dan budaya yang berbeza, tetapi di dalam lagu dan persembahan, kita adalah sama. Menghibur di samping memartabatkan budaya dan bahasa etnik masing-masing,” ujarnya.

SNB 2.0 dan Majlis Apresiasi bertemakan Rock & Retro itu merupakan kesinambungan dua program berbeza yang pernah dianjurkan oleh Pertisa sebelum ini iaitu Anugerah Pertisa dan Saturday Nite Blues.

Katanya, antara lain kejayaan Pertisa dalam menyatukan artis dari pelbagai etnik berbeza itu adalah dengan menerbitkan album sebelum ini, PERTISA EVO 2016.

Album berkenaan memuatkan lagu-lagu oleh beberapa artis terkenal di dalam Pertisa yang mana mencerminkan komitmen persatuan untuk mempromosikan nyanyian serta karya para artis tempatan terlibat.

Sementara itu, pada SNB 2.0 baru-baru ini seramai 68 artis dari pelbagai etnik seperti Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Tatana, Tobilung, Kimaragang, Bisaya, Sungai, Kadayan, Lotud, dan Brunai telah menerima apresiasi bersama-sama Ahli Jawatankuasa (AJK) SNB 2.0 dalam kalangan ahli-ahli dan Ahli Majlis Tertinggi Pertisa termasuk dua Penasihat persatuan, Drs Monih Epin dan Narsisius Justin Misin.

Selain itu, dua rakan persatuan yang turut memperjuangkan hak-hak artis dalam bidang seni muzik dan perfileman turut menerima penghargaan Pertisa.

Persatuan terbabit terdiri daripada Persatuan Komposer Dan Pembikin Muzik Video Sabah (SCORE) diketuai komposer terkenal Malaysia, Asmin Mudin dan Persatuan Penggiat Filem & Muzik Kadazan Dusun Murut Sabah (KDMFM) diwakili presidennya, pengarah terkenal Tony Francis Gitom.

Anugerah lain malam itu adalah Tokoh Wiraseni Pertisa 2019 yang diberikan kepada Naib Presiden KDCA Datuk Jahid Jahim atas sumbangan dan sokongan beliau kepada Pertisa dalam pelbagai program anjurannya.

Beliau yang juga yang juga Wakil Rakyat Tamparuli diwakili isteri beliau Datin Malianah Ugau menerima penghargaan itu.

Penerima Anugerah Unggul Pertisa 2019 pula diberikan kepada penyanyi legenda yang merupakan antara pelopor lagu-lagu dalam bahasa tempatan, Justin Lusah yang menerimanya diwakili oleh adiknya sendiri, yang juga penyanyi, Julius Lusah.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan beberapa artis mewakili etnik masing-masing termasuk juga persembahan istimewa dan kumpulan muzik bambu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lingga Baru Tamparuli.

Antaranya Sekar Madusa (Tobilung), Syra P. Gom (Kadazan), Steven Jimin (Murut), Benedict Oliver Lidadun (Tatana), Malik Nasir (Bajau), Frankie Masanggon (Rungus), Andywind Tombung (Lotud), Olik (Kimaragang), dan George Lian (Dusun).

Francis Landong pula membuat penampilan khas malam itu disusuli oleh tiga orang ahli Pertisa, Clarice John Matha, Jovita Robert Johnny dan Clarice Sipanul.

Turut diadakan cabutan tiket bertuah sumbangan orang perseorangan dan penyampaian hadiah Anugerah Pakaian Terbaik sumbangan pihak Gayang Seafood Restaurant.- GAMBAR RAYMOND H.G

   
Email Print
   
 
 
E-browse