Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Commotion in Dewan Rakyat over election of Speaker, the words 'gelap' and 'bedak' |  Ferries and passenger boats in Sabah can operate at full capacity |  Feri om padau susumakai id Sabah pakavasaon do koumpasan di oponu |  JKDM Sabah nakapagaau dadah kihoogo RM1.15 lizong |  Taska mula dibuka di Sabah dengan ikuti SOP |  Eighth rehabilitated sun bear released into the wild |  Matta urges govt to extend loan moratorium for tourism industry, protect sectors |  AirAsia Hotel Bundle Deals offer up to 50 pct savings on city hotel stays |  Air Traffic Rights applications drops 74.3 pct in 1H20 |  Belum diputuskan |  Sabahan Bulldozer cipta nama di Australia |  Mogigiyon mokiinsian kopongundaran ralan om jambatan |  Belia dari 11 kampung Mukim Rosok Bangkahak gotong-royong baiki paip |  Inisiatif NGO bersama penduduk kampung baiki kerosakan akibat banjir |  Penduduk rayu jambatan rosak dibaiki | 
 EDUCATION

UMS tingkat kemasukan pelajar bidang sains dan teknologi

22nd March, 2019

Oleh NOOR ZAFIRA SHAFIE

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) mengambil langkah untuk meningkatkan kemasukan pelajar khasnya di universiti itu dalam bidang sains dan teknologi.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr Rasid Mail berkata UMS komited dalam mendukung inisiatif kerajaan dalam meningkatkan jumlah pelajar aliran sains di peringkat sekolah menengah dan universiti.

“Fenomena kini, kita memerlukan banyak saintis untuk menuju ke arah negara maju dan berevolusi namun kita mengalami kepupusan calon dalam bidang pengajian sains.

“Untuk itu, PPST, UMS akan memainkan peranan secara berterusan untuk memastikan keperluan dalam bidag sains, teknologi dan fizik mampu ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Perasmian dan Penutupan Karnival STEM Asasi Sains UMS 2019 anjuran PPST.

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu turut disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran sains dan pertandingan berunsur sains dan fizik.

Antaranya adalah Pertandingan Inventor Muda dan Pertandingan Sci-show Saintis Muda.

“Usaha kita ini adalah untuk menarik minat dan memberi pendedahan awal bidang ini kepada para pelajar di oeringkat sekolah menengah khasnya di negeri Sabah.

“Kita berbesar hati kerana telah menerima 25 penyertaan untuk Pertandungan Sci-show Saintis Muda dan kita akan berusaha untuk menambah lagi bilangan ini pada masa akan datang,” kata Rasid.

Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan berkualiti dalam bidang sains sekaligus kemahiran insaniah perlu ditingkatkan.

“Saya yakin PPST akan sentiasa memberi khidmat untuk pendidikan berkualiti serta kemahiran insaniah untuk bakal pelajar yang akan melanjutkan pengajian di sini,” katanya lagi.

Turut hadir, Pengarah PPST UMS, Prof. Madya Dr. Sazmal Effendi Arshad.

   
Email Print