Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Man gets 25 years’ jail, 15 lashes for raping daughter, 12 |  Safa using SAGA to hunt for hidden talents |  Crucial tie for Tambadau |  PHKS targets RM400,000 at annual fundraising Charity Bazaar |  Gear up for Malaysia Autoshow 2019 in Sabah |  KUD Zon Sabah kosiwatan kumaa mongungusaha labus kakadayan |  Kusai nopujulan kiniopon kikotumbazaan duminuso sondii |  Sada ginakom momoguno bom nagamu id Pasar Safma |  3,000 jobs up for grabs at 2nd Sabah Career Roadshow |  Wuyi University students,lecturers arrive in Sabah to attend UMS training course |  Gravity water system for Kg Bokilong residents |  Matrade eyes higher halal exports to Japan |  Oldtown White Coffee set to expand into petrol retail |  Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri ditubuh penuhi janji kepada rakyat |  28 kapal layar antarabangsa berlabuh di Lahad Datu | 
 EDUCATION

KKTM UMS Juara Piala Debat Pengetua 2019

22nd March, 2019

KOTA KINABALU: Demi United dari Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) diumumkan sebagai johan pertandingan Debat Piala Pengetua KKTM 2019 yang berlangsung di dewan serbaguna kolej kediaman itu di sini, baru-baru ini.

Pendebat Demi United mengatasi pasukan debat dari Kolej Kediaman Excellent (KKE) UMS pada peringkat akhir kejohanan untuk mengungguli pertandingan bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bagi kategori sekolah menengah, johan dan naib johan masing-masing disandang oleh Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) B dan SMESH A.

Majlis penyampaian hadiah berupa wang dan piala kepada para pemenang disempurnakan Pengetua KKTM, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin.

Terdahulu dalam ucapannya Dr. Mohamad Nizam berkata, program itu dianjurkan antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa IPTA dan para pelajar sekolah menengah tentang kepentingan menguasai seni orator, terutamanya seni perdebatan.

“Selain itu, ia bagi membantu para peserta melatih daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menjana idea-idea bernas.

“Terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dan saya berharap agar penganjuran program seumpama ini akan berterusan seiring dengan saranan Menteri Pendidikan Malaysia yang mahukan para pelajar sentiasa aktif dalam acara yang melibatkan pengucapan awam,” katanya.

Program selama dua hari itu merupakan anjuran Exco Akademik Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) KKTM dengan penyertaan sebanyak 20 pasukan dari IPTA dan sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu. Hadir sama Pengarah Program, Muhammad Haziq Abdul Rahim, dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Muhd Jivean Johan Wira.

   
Email Print
   
 
 
E-browse