Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
‘Bed Intruder’ songster turning fame into a future |  Secret testimony reveals stars’ loss |  Michael Douglas optimistic about cancer recovery |  Petronas buys BP’s stakes for US$363 million |  KL shares end mixed |  Bukit Kiara reports RM1.2 million sales |  Properties worth RM550m sold at SHAREDA expo |  Gompion kinomordikaan maya’ piuludan orurukut tinaru: Ghani |  80 natantaman PATI tinaan id kalaja ponoihian posoihi kakadazan Keningau |  Koonduan nopujulan kiniopon miampai tahanan noihitan wayol |  PANG HUMINABUS LDP OM GUMINABAS KALAJA PAATI |  Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing |  Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit |  Rakyat rugi jika ambil keputusan tidak sokong kerajaan: Sairin |  Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar | 
 BM

Empat maut dalam dua kemalangan berasingan di B’fort dan Kuala Penyu

2nd July, 2009

BEAUFORT: Empat orang maut dalam dua kemalangan berasingan di Membakut dan Kuala Penyu petang kelmarin.

Dalam kemalangan pertama yang berlaku di kilometer 22 lebuh raya Beaufort-Membakut melibatkan sebuah treler yang dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke Kota Kinabalu yang bertembung dengan sebuah Proton Iswara dari arah bertentangan kira-kira jam 6 petang.

Ketua Tarafik Daerah, Cif Insp Syahlan Sukiman, ketika ditemui media berkata mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Yaman El-ling, 52, pemandu kereta Proton Iswara yang bertugas di Jabatan Kerja Raya dan adiknya Kas-buddin Elling, 44, yang bertugas di Jabatan Air Beaufort.

Syahlan berkata kedua-dua mangsa me-ninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi penumpang iaitu Adal Ikbal anak kepada Kasbudin mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hospital Queen Elizebath di Kota Kinabalu manakala Surayati Ariffin isteri ke-pada Kasbudin bersama seorang lagi anak saudara mereka Isham Rosli terselamat dalam kejadian itu.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Beaufort untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kedua kata Syahlan, seorang penunggang motosikal maut apbila merempuh seorang kanak-kanak yang sedang menungang basikal di Kampung Kebudau di Kuala Penyu.

Penunggang motosikal itu itu dikenali sebagai Maroof Haji Alias,25, berasal dari Weston manakala kanak-kanak menunggang basikal itu dikenali sebagai Maya Dahlan,10.

Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kedua-dua kemalangan itu berlaku.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline