Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kosimbayanan do rayat orurukut tinaru nosili kosuusuayan di koimbayat |  Koupisan audit pogun tumanud standard sompomogunan |  SONGKOSUAYAN 'PONOKOSANGANU' |  Pihak bank, syarikat pengawal diminta tepati masa bagi agihan BR1M |  Penerima BR1M diingatkan tidak buat penipuan: Charles |  JKR diminta buat pusingan silang di lampu isyarat dekat Sg Pampang, Kg Limbawan |  Tiada unsur jenayah kematian bekas MP Batu Sapi: Inkues |  Tawau catat penurunan kadar indeks jenayah |  Penduduk P. Sebatik bakal ditempatkan di Tg. Arang |  Warga asing ‘bermaharajalela’ |  2,397 rumah ‘bina baru’ PBR disiapkan |  AUDIT NEGARA IKUT STANDARD A-BANGSA |  Zambia keep promise to honour 1993 victims |  Pearce interim manager |  Move to break squash top 100 world rankings | 
 BM

Nelayan bersyukur dapat bantuan kerajaan

2nd July, 2009

TAWAU: Terima kasih kepada kerajaan kerana membantu orang miskin seperti kami. Saya bersyukur di atas segala bantuan ini dan Insya-Allah, saya akan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaik-baiknya, kata seorang nelayan dari Kg. Sungai Lahat-Lahat, Idrus Ali Zaman, 62.

Beliau adalah di antara 15 masyarakat nelayan dari beberapa perkampungan di Pulau Sebatik Tawau yang diberikan bantuan berupa bot, enjin, pukat dan tong ikan bernilai RM 10,000 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KK-LW) melalui Skim Peningkatan Penda-patan.

Penyerahan kesemua bot dan peralatan menangkap ikan yang keseluruhannya bernilai RM 150,000 itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.60 Sebatik, Haji Abdul Muis Haji Picho, di jeti Batu-Batu Sabindo, kelmarin.

Idrus yang mempunyai lapan orang anak ketika ditemubual turut berkeyakinan bahawa bantuan itu dapat membantu beliau merubah nasib serta taraf ekonomi diri dan keluarganya.

Bagi seorang lagi penerima, Halim Daud, 39, yang berasal dari Kg. Pulau Lahi pula berkata, keprihatinan kerajaan khasnya KKLW dan wakil rakyat kawasan itu kini sekali lagi terbukti apabila Ketua Kumpulan Isi Rumah Termiskin (KIRT) sepertinya, ternyata tidak dipinggirkan.

Sebelum ini katanya, beliau hanya melakukan kerja-kerja penangkapan ikan secara tradisional iaitu dengan menggunakan perahu dan dayung.

Pendapatannya yang diraih juga hanya-lah di antara RM 200 dan RM 300 sebulan.

“Dulu saya terpaksa berdayung jauh untuk menangkap ikan. Tapi dengan adanya bot dan enjin ini, ia secara tidak langsung menjadi satu kemudahan untuk saya,” katanya sambil menyatakan bahawa bantuan tersebut adalah bantuan yang pertama kali diterimanya sebagai seorang nelayan.

Sementara itu, Muis ketika ditemubual pula berterima kasih kepada KKLW kerana memberikan peruntukan sehingga terlaksananya penyerahan bot, enjin dan peralatan menangkap ikan terbabit.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kesemua penerima supaya tidak mencari keuntungan dengan mudah iaitu dengan bertindak menjual bot, enjin atau apa juga bantuan yang diberi.

Kata Muis, beliau juga akan mengarahkan pegawai dan kakitangannya un-tuk membuat pemantauan bagi memasti-kan segala bantuan berkenaan tidak disalah-gunakan.

Hadir sama ialah Pegawai Luar Bandar Majlis Perbandaran Tawau, Rahayu Pohan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline